Dua Pasukan Liga Super Buru Khidmat Sandro Mendonca

Bekas tonggak import Kedah, Sandro Da Silva Mendonca kemungkinan akan kembali ke Liga Malaysia musim depan apabila namanya kini berada dalam radar dua pasukan Liga Super.

Beliau yang beraksi dengan pasukan Kedah sejak tahun 2015 mengakui sangat selesa berada di Malaysia dan tidak menolak akan kembali semula jika mendapat tawaran daripada pasukan lain.

FELDA United dan Melaka United cuba memancing Sandro

Menurut sumber daripada Berita Harian, Sandro yang kini bercuti di Brazil diintai Melaka United (MU) dan FELDA United yang dilihat menunjukkan minat ke atas penyerang yang memiliki kepakaran sepakan percuma itu.

Sandro merupakan pemain tengah yang sudah masak dengan corak permainan Liga Malaysia dan pernah membantu Kedah menjuarai Piala FA dan Piala Malaysia.

Sandro

“Jadi tidak hairanlah dia sentiasa diintai pasukan tempatan dan luar negara. Saya yakin Sandro dapat membuat pilihan yang tepat untuk musim baharu nanti.

“Kedua-dua pasukan itu telah menunjukkan peningkatan yang baik dalam Liga M musim ini dan pastinya mahu mendapatkan pemain berpengalaman dan berkualiti,” kata sumber.

Belum ada tawaran rasmi untuk Sandro

Namun setakat ini masih belum ada tawaran rasmi selepas beliau diumumkan tamat kontrak dengan skuad Helang Merah.

Sebelum namanya digugurkan daripada skuad Kedah, Sandro pernah menegaskan dia mahu beraksi semusim lagi di Liga M jika mendapat peluang.

Namun hasratnya untuk kekal di Kedah berkecai apabila Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mengumumkan tidak memperbaharui kontrak beliau bersama empat lagi pemain importnya untuk musim depan.

Skuad Kedah bakal berwajah baharu musim depan apabila pihak pengurusan melantik jurulatih berpengalaman dari Singapura, Aidil Shahrin Sahak untuk membimbing pasukan itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN