Dua Pasukan Liga Super Buru Khidmat Khairul Fahmi Che Mat

Kelmarin, presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Illias Khan mengesahkan khidmat penjaga gol pasukan itu, Khairul Fahmi Che Mat tidak diperlukan lagi di bawah jurulatih baharu, Fajr Ibrahim.

Demi karier dan masa depannya, Khairul Fahmi Che Mat atau digelar Apek tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa akur meninggalkan Kelantan serta mencari pasukan baharu apabila pintu perpindahan kedua dibuka pertengahan bulan depan.

“Rabu lalu saya menemui Presiden KAFA (Bibi Ramjani Ilias Khan) dan beliau mengesahkan bahawa saya tidak ada dalam perancangan jurulatih untuk baki musim ini.

“Beliau bercadang melepaskan saya dan memberitahu beberapa pasukan menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmat saya.

“Sebagai pemain, saya akur dengan keputusan KAFA. Jika itu yang terbaik untuk saya dan Kelantan, saya terima dengan hati terbuka.

“Tidak guna untuk saya terus kekal bersama pasukan jika mereka sudah tidak memerlukan khidmat saya.

“Walaupun hakikatnya saya terlalu sedih serta berat hati untuk meninggalkan pasukan, namun saya perlu reda bahawa jodoh saya dengan mereka hanya sampai di sini saja,” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian.

Wajah kecewa “Apex” selepas melepaskan 4 gol ketika Kelantan tewas 4-0 kepada Sime Darby FC dalam saingan Liga Super 2014. (Sumber gambar: Google)

Difahamkan dua pasukan Liga Super sudah menunjukkan minat terhadap penjaga gol berusia 29 tahun itu dengan Melaka United sudah membuat tawaran rasmi.

Walaupun Bibi tidak menamakan satu lagi pasukan dimaksudkan, namun jurulatih Kuala Lumpur, Fabio Maciel pernah menyatakan hasratnya mendapatkan khidmat Apek apabila pintu perpindahan kedua dibuka.

Setakat ini, apek masih belum membuat keputusannya dan masih menimbangkan beberapa perkara penting sebelum berhijrah ke pasukan lain.

“Banyak perkara perlu saya teliti sebelum memilih pasukan yang mahu diwakili. Selain soal gaji dan kebajikan, saya mahu menyertai pasukan yang mempunyai mentaliti juara.

“Saya baru berumur 29 tahun, sebagai penjaga gol, perjalanan karier saya masih panjang dan saya yakin masih mampu memberikan yang terbaik kepada pasukan yang bakal disertai kelak.

“Mungkin ada hikmah daripada apa yang berlaku. Siapa tahu prestasi serta karier saya akan lebih meningkat bersama pasukan baharu itu kelak,” jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN