Dua Lipa Bakal Beraksi Di Pentas Akhir UCL, Akui Keluarganya Peminat Arsenal

Penyanyi dan model tersohor dari UK, Dua Lipa bakal membuat persembahan di upacara pembukaan pusingan akhir Liga Juara-Juara Eropah yang menemukan Real Madrid dan Liverpool.

Perkara ini telah diumumkan sendiri oleh Dua Lipa melalui akaun Instagramnya.

https://www.instagram.com/p/BigszX5F45K/

Pelantun lagu seperti New Rules, Be The One dan IDGAF yang baru sahaja selesai membuat tour di seluruh Asia itu sempat singgah di Kuala Lumpur pada minggu lalu dan beraksi di hadapan kira-kira 3,000 peminatnya di Malaysia.

Dua Lipa sewaktu membuat persembahan di KL Live pada minggu lalu. Foto oleh rhdonna.

Dilahirkan di London, Dua Lipa merupakan artis wanita solo pertama di dunia yang mendapat tontonan sebanyak 1 billion kali di YouTube dan menjadi artis yang paling banyak didengari di Sportify.

Berdarah Albania, penyanyi yang berusia baru 22 tahun ini juga telah berjaya menjual sebanyak 2.2 juta album dan 17 juta singles di seluruh dunia, terutamanya melalui single New Rules, Scared to Be Lonely, IDGAF dan terbaru, One Kiss.

“Saya berasa bangga kerana dijemput oleh pihak UEFA dan Pepsi untuk beraksi di pentas pembukaan Liga Juara-Juara Eropah – ia adalah peluang sekali seumur hidup,” jelas Lipa.

“Saya juga tak sabar untuk beraksi di hadapan peminat bola sepak dan ia akan menjadi sebuah persembahan yang mengujakan. Saya bercadang untuk memberikan persembahan yang sukar untuk dilupakan!” tambahnya.

Guy-Laurent Epstein, Pegarah Pemasaran UEFA Events SA berkata, “Kami berbangga untuk berkolaborasi bersama rakan penaja kami, Pepsi di pentas perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2018 untuk 3 tahun berturut-turut.”

“Kami juga teruja untuk membawa Dua Lipa ke Kyiv. Tenaga yang dibawa oleh persembahan Dua Lipa adalah cukup sesuai untuk disajikan kepada penonton sebelum perlawanan antara dua kelab terhebat Eropah bermula.”

Bercerita tentang persembahannya, Lipa berkata, “Ia akan menjadi satu persembahan berskala besar, dengan pentas yang besar, jadi ia akan menjadi sangat menarik.”

“Saya memilih untuk merahsiakan persembahan tersebut tetapi saya mahu semua penonton yang gila bola sepak berjoget bersama dengan saya”.

Lipa turut mengakui bahawa persembahan ini sebagai “persembahan paling gila” yang akan cuba dilakukan olehnya.

“Ia adalah sebuah persembahan yang cukup besar bagi diri saya dan saya merasakan akan terdapat benda baru untuk dilakukan dan ada banyak cara untuk saya memperbaiki diri dan persembahan saya – dengan membuat sebuah persembahan yang lebih gila dan lebih mengagumkan,” jelas Lipa lagi.

Disoal mengenai sukan bola sepak, Lipa mengakui bahawa dia bukanlah kaki bola.

“Saya bukanlah peminat besar bola sepak, cuma adik lelaki dan ayah saya selalu menonton perlawanan bola sepak. Mereka menyokong Arsenal. Dan saya sangat teruja”.

“Saya tak pernah hadir ke mana-mana perlawanan bola sepak kecuali sewaktu kelas Pendidikan Jasmani dan bila mereka memaksa saya bermain bola sepak, saya memang teruk,” terang Lipa.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN