Dua Kelab Korea Selatan Bakal Berhadapan Aksi Pusingan Kalah Mati ACL Di Stadium Sultan Ibrahim?

Dua kelab Korea Selatan yang bakal berhadapan sesama sendiri di pusingan kalah mati ACL pada musim ini dikhabarkan akan menggunakan Stadium Sultan Ibrahim untuk perlawanan tersebut.

Melalui perkongsian Korea Football News di laman Twitter, perkara itu didedahkan sendiri oleh jurulatih kecergasan Jeonbuk Hyundai, Felipe Pezzo.

Berdasarkan undian pusingan kalah mati ACL musim ini, Jeonbuk Hyundai akan menentang Daegu FC dalam perlawanan satu pusingan.

Tiga perlawanan pusingan 16 pasukan terbaik untuk zon timur lain menemukan JDT vs Urawa Reds, Vissel Kobe vs Yokohama Marinos, dan BG Pathum United vs Kitchee.

Johor tuan rumah?

Berdasarkan perkongsian tersebut adakah pusingan 16 terbaik (kalah mati) turut akan diadakan secara berpusat seperti pusingan peringkat kumpulan?

Untuk zon timur, empat venue sebelum ini digunakan untuk aksi peringkat kumpulan adalah Bangkok, Buriram, Johor dan bandar Ho Chi Minh, Vietnam.

Daripada empat venue tersebut hanya JDT dan BG Pahtum United yang bergelar tuan rumah sebelum ini.

Ia bukan keputusan mengejutkan sekiranya Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebagai penganjur pertandingan meneruskan langkah serupa – menjadikan Johor dan Bangkok sebagai venue pusingan kalah mati untuk zon timur.

Sekiranya perlawanan  membabitkan Jeonbuk Hyundai vs Daegu FC bakal diadakan di Johor, maka dua lagi perlawanan – BG Pathum United vs Kitchee dan Vissel Kobe vs Yokohama Marinos. – dijangka akan diadakan di Bangkok, Thailand.

Stadium Sultan Ibrahim

Jika spekulasi ini benar, maka Stadium Sultan Ibrahim dijangka akan terus diberi kepercayaan untuk menganjurkan dua perlawanan pusingan 16 terbaik ACL pada musim ini.

Ia tidak menjadi masalah untuk kedua-dua perlawanan (JDT vs Urawa Reds & Daegu FC vs Jeonbuk Hyundai) – mengambil kira ia tidak perlu diadakan serentak.

Sumber: JST

Keputusan Malaysian Football League (MFL) memindahkan semua perlawanan Liga Premier membabitkan JDT II dari Larkin ke Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang tanpa tarikh akhir juga mungkin membawa makna Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos akan dibaik pulih.

Perlawanan pusingan kalah mati ACL bagaimana pun akan berlangsung pada pertengahan Ogos, dan setakat ini belum ada pengesahan rasmi mengenai venue.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN