Dua Import Baharu Bakal Perkukuh Jentera Tengah Dan Serangan Kelantan

Kelantan pada musim ini antara pasukan paling menyerlah dari segi persiapan mereka sejak awal tahun dan kini mereka terus mengukuhkan kelab di jendela perpindahan kedua dengan kemasukan pemain baharu.

Berbekalkan pengurusan yang teratur dan kewangan lebih stabil, Kelantan dilihat mempunyai perancangan sangat rapi dalam urusan keluar masuk pemain mereka musim ini.

Terbaharu, kelab yang beraksi dalam saingan Liga Premier musim 2022 ini telah menandatangani khidmat dua pemain import baharu untuk jendela perpindahan kedua ini bagi mengukuhkan setiap posisi yang dilihat agak lemah.

Kedua pemain tersebut merupakan pemain kelahiran Brazil dan dari Jepun iaitu Felipe Hereda Dos Santos serta Kenta Hara selepas diumumkan semalam menerusi laman rasmi Kelantan.

Kedua pemain import itu juga sudah pun menandatangani kontrak bersama Kelantan untuk suatu tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pengurusan dan bakal membantu kelab sepanjang dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Menurut Qusmaini Noor Rosli selaku Pengurus Operasi TRW Kelantan, beliau melihat aset yang dimiliki oleh Kenta sesuai untuk membantu pasukan di bahagian sayap kiri dan kanan.

Tambah Qusmaini, beliau turut mengakui kelebihan Kenta yang pernah beraksi bersama beberapa kelab di Eropah sebelum itu boleh membimbing rakan sepasukan lain di atas padang.

“Beliau (Kenta) sudah menjalani latihan bersama kem pasukan sejak minggu lalu.

“Kelincahan dan kelajuan beliau di bahagian sisi padang akan memberi impak positif dalam atur gerak serangan pasukan,” katanya dalam kenyataan kepada media menerusi Arena Metro.

Selain itu, Qusmaini juga melihat Felipe sebagai aset terbaharu kelab untuk beroperasi dengan lebih stabil di bahagian tengah.

Berbekalkan aset fizikal tegap serta berketinggian 179 sentimeter, pemain dari Brazil itu juga bakal menggunakan pengalamannya ketika di Brazil dan Bahrain untuk membantu Kelantan dalam menghadapi persaingan pada pertengahan musim 2022 ini.

Dalam masa sama, Kelantan juga sudah mengikat dua lagi pemain tempatan untuk mengukuhkan skuad mereka dalam saingan kali ini.

Kedua pemain tersebut sebelum ini beraksi dalam saingan Liga Super 2022 iaitu Mohd Shafiq Al-Hafiz Dawawi dan Abdul Latiff Suhaimi.

Lebih menarik, kedua pemain ini juga sebelum itu mewakili Penang pada awak musim sebelum berpindah ke Kelantan di saingan Liga Premier.

Untuk rekod semasa, Kelantan kini berada di landasan tepat untuk menjadi calon juara Liga Premier musim 2022 apabila kini sedang berada pada kedudukan kemuncak carta liga dengan 22 mata dikumpul daripada sembilan perlawanan dihadapi.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN