Quantcast

BERITA

Dua Gol Safawi Rasid Adalah ‘Hadiah’ Daripada Pemain Saya – Yeyen Tumena

Pengendali sementara skuad kebangsaan Indonesia, Yeyen Tumena menyifatkan dua gol jaringan Safawi Rasid yang memberikan kemenangan kepada skuad Harimau Malaya adalah pemberian daripada pemain Indonesia.

Dalam perlawanan kelima buat kedua-dua pasukan di dalam saingan Kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam tadi, Safawi Rasid muncul sebagai wira negara apabila jaringan minit ke-30 dan ke-73 perlawanan memastikan tiga mata menjadi milik Malaysia.

Safawi Rasid Malaysia Indonesia

FOTO: FAM

Namun bagi Yeyen, dua jaringan tersebut hanya terhasil akibat kesilapan pemain Indonesia sendiri.

“Di peringkat antarabangsa, kita tidak seharusnya membuang peluang dan membiarkan lawan menghasilkan jaringan dari kesilapan.

“Dua gol Malaysia itu adalah hadiah dari pemain kami,” ujar Yeyen di sidang media selepas perlawanan.

Safawi Rasid Malaysia Indonesia 4

FOTO: PFAM

Walaupun sedar jaringan tersebut adalah kerana kesilapan barisan pertahanannya, Yeyen tetap berpuas hati dengan prestasi keseluruhan pasukan kerana pemain berjaya mengikuti arahan taktikal yang diberikan oleh jurulatih.

Namun demikian, Yeyen mengakui Malaysia sebagai pasukan yang lebih berhak menang dalam perlawanan ini.

“Saya ucapkan selamat untuk Malaysia. Mereka mengusai pertandingan dan berhasil menang,” kata Yeyen.