Dua Bekas Kelab Liga Perdana Inggeris Ini Bakal Bersaing Pada Final EFL Trophy

Sunderland

Portsmouth dan Sunderland merupakan dua kelab yang pernah mewarnai kancah Liga Perdana Inggeris satu ketika dahulu.

Kali terakhir Portsmouth beraksi dalam saingan liga paling popular di dunia itu adalah pada musim 2009/10 manakala Sunderland pada dua musim yang lalu (2016/17).

Itu adalah kenangan lampau bagi mereka apabila kini bersama-sama terpaksa bersaing dalam kempen EFL League One.

Sunderland menghuni tangga ketiga dengan mengumpul 68 mata manakala Portsmouth satu anak tangga di bawah dengan 65 mata.

Sang Mantan

Dua kelab ini dijadualkan beraksi dalam perlawanan akhir EFL Trophy pada 31 Mac ini. Perlawanan ini dilangsungkan di Stadium Wembley.

Sunderland menewaskan Bristol Rovers dalam perlawanan separuh akhir pada minggu lepas. The Black Cats menewaskan The Gas melalui 2 gol tanpa balas.

Kelmarin, Portsmouth pula menumbangkan Bury melalui skor 3-0.

Sekurang-kurangnya, penyokong mereka dapat ke Wembley setelah sekian lama tidak ke sana. Pada final Carabao Cup 2013/14, Sunderland dikalahkan Manchester City.

Bagi pihak Portsmouth, mereka kali terakhir ke Wembley pada perlawanan akhir Piala FA 2009/10.

Tragedi

Sunderland dan Portsmouth menjadi antara kelab yang pernah memegang status Liga Perdana tetapi tergolek ke lebih bawah daripada EFL Championship.

Kebetulan, kedua-duanya sedang bersaing dalam saingan EFL League One yakni divisyen tiga. Malah, mereka sedang saling mencabar untuk merebut slot promosi automatik ke EFL Championship.

Nampaknya akan menjadi suhu panas perlawanan akhir EFL Checkatrade Trophy ini.

Apakah itu EFL Checkatrade Trophy

Kejohanan ini hanya membenarkan pasukan daripada EFL League One dan League Two sahaja bertanding. Namun begitu mulai musim 2016/17, pasukan simpanan atau akademi kelab berstatus Liga Perdana dan EFL Championship dibenarkan bersaing.

Namun begitu, tidak ada satu pun skuad simpanan atau akademi itu dapat mara ke perlawanan akhir. Seolah-olah ia telah ditakdirkan.

Southampton pernah memenanginya pada 2010. Pada ketika itu kejohanan ini dikenali sebagai Johnstone Paint Trophy. Sumber: Twitter.

Masakan tidak, perlaksanaan itu menerima kecaman konsisten daripada penyokong kelab EFL League One dan EFL League Two.

Antara kelab yang kini beraksi di Liga Perdana pernah memenangi trofi ini ialah Southampton pada edisi 2009/10. Bristol City menjadi pemenang terbanyak dengan 3 kali kejuaraan.

Nampaknya trofi ini secara tidak langsung memperlihatkan peningkatan prestijnya. Walaupun ada kelab yang pernah dikenali dunia menyertainya!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN