Drogba Umum Gantung But Hujung Bulan Ini

Bekas bintang Chelsea, Didier Drogba merancang untuk bersara daripada arena bola sepak dalam masa terdekat.

Penyerang yang berasal dari Ivory Coast itu kini beraksi dengan pasukan Phoenix Rising FC dalam saingan liga divisyen 2 Amerika, United Soccer League (USL) akan menggantung but selepas tamat saingan liga musim ini.

Liga USL bermula pada bulan Mac 2017 dan akan berakhir pada hujung bulan November ini.

Drogba yang menginjak usia 40 tahun pada bulan Mac depan berkata kepada media Amerika, RMC Sports, ” Saya fikir tahun depan akan menjadi tahun terakhir saya bermain bola sepak,”.

Dilahirkan di Abidjan, Drogba dikenali sebagai ‘Tito’ oleh kawan-kawan dan keluarganya. Beliau meninggalkan negara asalnya ketika berumur lima tahun dan menuju ke Brest di Brittany, tempat tinggal bapa saudaranya, Michel Goba.

Goba ialah seorang pemain bola sepak profesional. Drogba menghabiskan tiga tahun bersama-sama bapa saudaranya, dan tinggal di Brest, Angoulême, dan Dunkerque, sebelum pulang ke negara asalnya.

Drogba mengikat kontrak dengan Levallois F.C. ketika berumur lima belas tahun. Pada masa itu, beliau tinggal dengan sepupunya, Olivier Tebily, yang bermain untuk Birmingham City. Drogba mula dari bawah di Levallois, dan bermain untuk kelab tersebut dalam pertandingan Ligue 2 ketika berumur 18 tahun.

Ketika itu, beliau menjadi penyerang prolifik pasukan tersebut dan telah memikat jurulatih dengan sikap professionalnya. Prestasi mantap yang dipamer olehnya membolehkan beliau mendapat tempat dalam skuad senior tetapi walaupun menjaringkan gol dalam penampilan pertama, beliau masih gagal memikat jurulatih skuad senior.

Drogba menyertai Chelsea pada bulan Julai 2004 dengan nilai perpindahan £24 million. Beliau telah menjaringkan 100 gol dalam 226 penampilan sepanjang 9 tahun bersama pasukan Chelsea ketika itu.

Selain itu, beliau telah mengecapi pelbagai kejayaan ketika bersama Chelsea seperti juara Liga Perdana Inggeris 4 kali, Juara Piala FA 4 kali, Juara Piala Liga 3 kali, Juara Liga Juara-Juara Eropah serta pemenang anugerah kasut emas sebanyak 2 kali.

Ketika bersama pasukan gergasi dari Turki, Galatasaray, beliau telah menjuara Liga Super, Piala Super Turki serta Piala Turki pada musim 2013/2014.

“Ada ketikanya anda perlu berhenti. Saya memerlukan masa untuk projek saya yang seterusnya,” katanya.

Drogba juga menjadi pemilik yang pertama berstatus pemain ketika beliau membeli saham kelab Phoenix tahun ini. Dipercayai beliau mahu mengikut jejak langkah David Beckham untuk membuka cawangan franchis MLS.

“Saya memerlukan masa untuk projek saya. Ianya bagus untuk bermain bola sepak tetapi pada usia 39 tahun, kemampuan saya terbatas,” jelasnya.

Beliau mencetus impak apabila bermain dalam saingan liga popular Amerika, Major League Soccer (MLS) dengan kelab Montreal Impact pada musim 2016/2017. Selepas 4 bulan, beliau menyertai pasukan Phoenix dan menjaringkan 10 gol dalam 14 penampilan.

Namun begitu, Drogba masih mempunyai hubungan yang rapat dengan pemilik Chelsea, Roman Abramovich yang dijalinkan ketika beraksi di Stamford Bridge.

Penyerang prolifik ini yang telah mengumpulkan 157 goal dalam 341 penampilan merancang untuk mempelajari selok belok dalam dunia bisness dengan Abramovich.

Bulan April yang lalu, Drogba menjelaskan, “Roman Abramovich selalu membuat keputusan yang betul dalam dunia bisness walaupun ia merupakan keputusan yang amat sukar. Saya fikir saya boleh belajar sesuatu daripada beliau.

“Tiada semua yang dia buat menjadi popular tetapi ianya selalu memberi faedah yang besar kepada Chelsea.

“Dia mempunyai keputusan yang besar dan dia berani. Inilah yang saya boleh buat dan kadang-kadang perlu ketepikan emosi serta melakukan yang terbaik,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN