Rasmi! Drogba Menjadi Pemilik Bersama Merangkap Pemain Untuk Phoenix Rising

Masihkah anda ingat Didier Drogba? Ya, beliau menjadi pemain pujaan penyokong Chelsea. Pemain yang berjaya membawa UCL pertama ke Stamford Bridge.

Kini Drogba menjadi salah seorang pemilik kelab. Kelab tersebut ialah Pheonix Rising yang bermain di dalam United Soccer League.

Di samping menjadi pemilik bersama, beliau turut bermain untuk kelab itu. Dalam sidang media pertama beliau, Drogba berseloroh berkata:

“Dengan itu, nama pertama dalam kesebelasan utama adalah saya.”

Kerja luar biasa

Drogba menganggap menjadi pemilik kelab dan bermain untuk itu sebagai luar dari kebiasaan. Baginya penting beliau memikirkan dan melakukan sesuatu untuk masa depannya.

Kini, Pheonix Rising bermain dalam saingan USL Western Conference. Kelab itu juga sedang dalam proses membida lesen untuk bermain dalam MLS. Drogba berkata:

“Impian besar kami di sini adalah untuk beraksi di MLS. Kami sedang berusaha untuknya.”

Drogba sendiri salah seorang ahli pasukan bidaan tersebut. Drogba sendiri pernah menikmati suasana bola sepak di negara Uncle Sam sewaktu bermain untuk Montreal Impact.

“Saya agak teruja dan terkejut apabila peluang itu datang kepada saya untuk menjadi pemilik bersama kelab ini.”

“Saya berharap saya menjadi seperti Abramovich. Boleh membuat keputusan yang betul dalam masa yang kritikal. Saya mahu belajar banyak lagi dari beliau.”

Didier Drogba memang ada bakat dan potensi dalam pengurusan. Beliau sendiri pernah menjadi antara ahli delegasi yang memujuk Eden Hazrd menyertai Chelsea dari Lille.

Peranan yang unik

“Saya mulai bersemangat juga untuk bermain. Saya sudah tidak sabar kerana saya tahu akan banyak perkara yang saya akan pelajari daripada ini kelak.”

“Saya pernah bermain untuk Chelsea, Galatasaray, dan Marseille, saya tahu serba sedikit tentang peranan yang saya pegang sekarang.”

“Selepas ini saya akan terlibat dalam bidang ini setiap hari. Ia akan membantu saya belajar lebih cepat.”

“Buat masa ini, saya tidak mendegar lagi player-co-owners. Ia agak unik. Selepas saya bersara barulah saya akan menjadi pemilik bersama penuh. Buat masa ini saya akan memegang jawatan player-co-owner.”

Musim lalu, Guus Hiddink pernah memujuk Drogba untuk membantu beliau di Chelsea namun ketika itu Drogba fokus kepada membantu skuad kebangsaan Ivory Coast sebagai interim.

Drogba tidak berselindung dengan impian beliau untuk kembali semula ke Stamford Bridge suatu hari nanti sebagai jurulatih ataupun pengurus kelab tersebut.

Baca juga: Statistik: Ronaldo Pecah Rekod Lagi, Catat 100 Gol Dalam Pertandingan Kelab UEFA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN