Dries Mertens Penyerang Bertaraf Dunia, Mampu Bawa Napoli Tamat Kemarau 28 Tahun

Maurizio Sarri mempercayai bahawa penyerang Napoli bimbingannya, Dries Merten telah membuktikan dirinya sebagai penyerang berkelas dunia selepas kemenangan 4-1 ke atas Lazio pada Rabu lalu.

Pendahulu Serie A itu meneruskan rentak cemerlang kepada permulaan musim ini dengan kemenangan tersebut untuk terus berada di tangga teratas di atas Juvetus, dan hanya dibezakan dengan perbezaan jaringan.

Napoli ketinggalan dalam perlawanan tersebut selepas Stefan de Vrij meletakkan Lazio di hadapan pada minit ke-29 perlawanan. Skuad bimbingan Maurizio Sarri tampil berbeza pada separuh masa kedua- indikasi hasil ‘team talk’ luar biasa oleh Sarri ketika waktu rehat.

Napoli berjaya mengubah kedudukan perlawanan yang diadakan di Stadium Olimpico itu dengan persembahan yang penuh bersemangat sebelum memasuki minit ke-60 perlawanan.

Dan penyerang antarabangsa Belgium, Dries Mertens menjadi bintang Napoli dengan gol ke-7 untuk musim ini, menjaringkan gol dari sudut sukar. Jaringan itu jelas membuatkan pengurusnya gembira.

Maurizio Sarri dipetik sebagai berkata kepada Sky Sport Italia:

“Mertens menjaringkan gol bertaraf dunia. Satu jaringan yang cantik dan memberi kesan emosi yang kuat.”

“Mertens terus menjadi pemain yang bagus dan beliau kini adalah penyerang bertaraf dunia. Saya mahukan Mertens sentiasa seperti binatang buas yang laparkan gol.”

(Photo by Matteo Ciambelli/NurPhoto via Getty Images)

“Secara jujurnya, saya sangat bernasib baik kerana menemukan bakatnya sebagai seorang penyerang tengah. Itu berlaku selepas saya mahu melakukan perubahan selepas kecederaan yang dihadapi oleh Arek Malik pada tahun lepas. Namun kami tidak menjangkakan Mertens akan memberi impak sebegini.”

“Satu-satunya kekesalan kami di Napoli ialah kerana mengetahui kebolehan Mertens ketika beliau sudah pun berusia 28 tahun. Jika tidak, Mertens sudah pasti beraksi di pentas tertinggi sekian lama.”

Dries Mertens tiba di Napoli daripada PSV Eindhoven pada Jun 2013. Prestasi Mertens dan Napoli pada permulaan musim ini memberi keyakinan kepada Maurizio Sarri bahawa pasukan bimbingannya mampu menamatkan kemarau kejuaraan Serie A selama 28 tahun.

Sehingga 5 perlawanan, Napoli mengumpul 15 mata hasil 5 kemenangan dan menjaringkan 19 gol setakat ini untuk mendahului kedudukan Serie A Itali.

Sumber:

1. James Horncastle, ESPN FC (2017): Dries Mertens, Maurizio Sarri, Napoli aiming to end 28-year Serie A title wait; http://www.espnfc.com/italian-serie-a/12/blog/post/3210063/napoli-dries-mertens-maurizio-sarri-ready-to-end-serie-a-title-drought

2. Husmukh Kerai, Squawka (2017): Napoli boss Sarri: Dries Mertens is becoming truly world class; http://www.squawka.com/news/napoli-boss-sarri-dries-mertens-is-becoming-truly-world-class/992950#HoppBPzeCAILCBZd.99

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN