Drama Tiada Kesudahan, Berapa Lama Lagi Pemain Kedah Harus Tunggu Gaji?

Kedah playoff ACL 2020 Hadin Azman Kpah Sherman Gaji

Nampaknya masih belum ada jalan penyelesaian kepada masalah tunggakan gaji pemain-pemain Kedah sehingga kini walaupun kemelut politik sudah kian reda.

Kedah mengalami perubahan pentadbiran negeri selepas Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga Presiden KFA telah mengumumkan meletak jawatan sebagai Menteri Besar pada 17 Mei lalu seterusnya membawa kepada peralihan tampuk kepimpinan.

Selepas Muhammad Sanusi Md Nor dilantik sebagai Menteri Besar yang baharu, peruntukan RM1.5 juta yang dikatakan diluluskan oleh pentadbiran lama dilihat terus terawang-awang dan dimaklumkan belum ada kelulusan rasmi mengenainya.

Bekas Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Asmirul Anuar Aris pula berkata yang Menteri Besar baharu tersebut perlu merujuk terus kepada pihak KFA dan melihat surat berkaitan kelulusan oleh Menteri Besar yang terdahulu.

Sikap kedua-dua pihak, sama ada kepimpinan lama ataupun baharu dilihat sangat menjengkelkan kerana yang menerima kesan ketika ini adalah pemain dan pengurusan pasukan yang dikatakan sudah mengalami tunggakan gaji sejak Februari lalu.

Tiada tindakan segera dilihat telah diusahakan untuk menyelesaikan isu ini dan perbincangan bersama pemain juga dilihat tidak berlangsung berdasarkan kenyataan Asmirul sebelum ini iaitu menyalahkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang belum memberi kata putus mengenai saingan liga.

Ketika hampir semua pasukan di Liga Malaysia telah mengadakan perbincangan khas bersama pemain dan pengurusan mengenai potongan gaji ketika saingan liga tertangguh akibat pandemik COVID-19, Kedah tidak mengambil tindakan yang sama.

Atas faktor itu, sudah beberapa kali beberapa pemain Helang Merah dilihat mula bersuara di laman sosial masing-masing mengenai isu tersebut. Dan, semalam sekali lagi, pemain Kedah seperti Hadin Azman dan Shahril Saari dilihat bersuara.

Kedua-duanya merupakan pemain baharu Kedah untuk saingan musim ini dan boleh dikatakan telah tampil dengan aksi yang baik ketika saingan awal liga dan juga pada pusingan playoff Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada awal tahun yang lalu.

Walaupun masih belum menjaringkan sebarang gol buat Kedah, Hadin Azman hadir menyelesaikan masalah di jentera sayap kiri pasukan dan dilihat semakin menyesuaikan diri dengan kehidupan di Darul Aman dalam empat penampilannya kini.

Shahril Saari pula hadir memberikan saingan baik kepada Ifwat Akmal Che Kassim dengan persembahan cemerlang ketika tumpas 1-4 kepada FC Seoul dalam playoff ACL 2020 – menafikan 15 percubaan tepat lawan di Stadium Olimpik Seoul.

Kini, adakah situasi di kem Kedah masih sama seperti mana sebelum liga tertangguh? Terdengar desas desus pemain mahu meninggalkan pasukan seperti yang dilaporkan Harian Metro menerusi kenyataan oleh pertahanan kental, Renan Alves.

Namun, khabar tersebut dengan pantas telah dinafikan oleh pengendali pasukan, Aidil Sharin Sahak menerusi Astro Arena sambil mengharapkan agar pengurusan tertinggi baharu Kedah akan segera menyelesaikan isu tunggakan gaji pasukan.

KREDIT FEATURED IMAGE: THE AFC

Baca lagi artikel mengenai Kedah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN