Borussia Dortmund pernah ditawarkan €100 juta (RM489 juta) oleh Manchester United untuk pemain muda sensasinya Jadon Sancho sewaktu tempoh perpindahan musim panas lalu.
Namun kelab Bundesliga tersebut menolaknya mentah-mentah kerana merasakan nilai tersebut masih rendah untuk salah seorang pemain terbaiknya dan mahu United memenuhi permintaan €120 juta seperti yang ditetapkan.
Minat United itu hadir berdasarkan rekod cemerlang pemain berusia 20 tahun itu yang menjaringkan 20 gol serta 20 bantuan jaringan daripada 44 perlawanan dalam semua pertandingan pada musim lalu.
Namun musim ini segalanya serba tidak kena buat skuad BVB selepas mereka bergelut dalam saingan liga dan turut menyaksikan Lucien Favre telah dipecat daripada jawatan pengurus kelab tersebut.
(⛅️) Manchester United could potentially land Jadon Sancho 🏴 for just £50m this summer, having refused to match his €120m asking price last year. [Eurosport] #MUFC #BVB pic.twitter.com/zr6q7v3Thq
— RouteOneFootball (@Route1futbol) February 12, 2021
Dortmund yang kini dibimbing oleh pengurus sementara Edin Terzic menduduki tangga keenam liga. Pencapaian tersebut langsung tidak menepati jangkaan pelbagai pihak yang meramal kelab tersebut adalah salah satu pasukan yang mampu mencabar dominasi Bayern Munich di peringkat domestik.
Entah di mana silapnya sedangkan kelab Jerman itu telah mengekalkan sebahagian besar bintang utama mereka seperti Erling Haaland, Thorgan Hazard, Marco Reus, Axel Witsel, Julian Brandt, Mats Hummels, Raphael Guerreiro, Roman Burki dan juga Sancho.
Pihak pengurusan Dortmund baru-baru ini mengakui kelab tersebut akan mengambil beberapa langkah untuk menjimatkan kos operasi kelab selepas turut menerima impak kepada kewangan disebabkan krisis pandemik.
Dalam 12 bulan terakhir, mereka telah pun kehilangan €26 juta wang hak penyiaran selain tiada hasil jualan tiket. Sekiranya mereka gagal menamatkan saingan di kedudukan empat pasukan teratas pada musim ini, mereka juga akan terlepas €75 juta wang ganjaran.
👀 | Borussia Dortmund could be forced into selling Erling Haaland and Jadon Sancho this summer due to the financial hit they have taken this year.
[Sport1] pic.twitter.com/o5bBZmDMaW
— The Anfield Buzz (@TheAnfieldBuzz) February 6, 2021
Maka pilihan yang ada tentulah menjual dan melepaskan beberapa orang pemain mereka yang masih ‘ada harga’ termasuklah Sancho.
Namun dengan penurunan prestasi yang agak ketara pemain tersebut yang hanya menjaringkan tiga gol sahaja dalam saingan Bundesliga musim ini, pastiya ia akan mempengaruhi nilai semasanya dalam pasaran perpindahan akan datang.
United kini dilihat sudah selesa dengan skuad sedia ada dan sudah pun mendapatkan pemain sayap muda, Amad Diallo yang begitu menyerlah beraksi dalam beberapa perlawanan skuad bawah 23 tahun (B-23) United.
18-year-old Amad Diallo’s first game for the Man Utd U-23s:
⚽⚽Amad Diallo’s second game for the Man Utd U-23s:
🅰️🅰️🅰️⚽ pic.twitter.com/UzqGSjzNJ8— B/R Football (@brfootball) February 5, 2021
Jadi siapa yang mahu membeli Sancho dengan nilai €100 juta selepas ini? Berbanding Sancho, pastinya kebanyakan kelab ternama Eropah lebih tertarik untuk mendapatkan rakan sepasukannnya, Erling Haaland yang lebih menyerlah.
Kredit Foto: Getty Images
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Jadon Sancho dan Borussia Dortmund:
Sancho: Spekulasi Ke Manchester United Bukan Punca Prestasi Menurun
Raphael Guerreiro: Jadon Sancho Boleh Jadi Sehebat Cristiano Ronaldo
Siapakah Jurulatih Muda Edin Terzic Yang Menjadi Pengurus Interim Dortmund?