Dormagoj Pusic Dilepaskan Terengganu Tak Sampai Semusim

Dormagoj Pusic

Kelab Liga Super, Terengganu mengambil keputusan untuk melepaskan pemain tengah mereka iaitu Dormagoj Pusic selepas gagal memberikan persembahan yang baik.

Hadir pada awal musim ini sebagai pemain import yang mempunyai potensi tinggi, Pusic kemudiannya tidak berjaya untuk memberikan persembahan yang diharapkan dan gagal menyinar dibawah kendalian Tomislav Steinbruckner.

Oleh kerana itu, Pusic hanya mampu bertahan selama setengah musim sahaja dan Terengganu kini memilih untuk melepaskan beliau.

Dalam kenyataan kelab, Terengganu mengatakan secara ringkas yang masa pemain itu bersama-sama mereka sudah pun tamat.

“Pemain tengah Terengganu FC, Domagoj Pusic secara rasminya dilepaskan oleh kelab pada hari ini.

“Pihak kelab ingin mengucapkan terima kasih atas segala sumbangan bersama kelab dan selamat maju jaya bersama pasukan yang baru,” kata Terengganu dalam kenyataan mereka.

Pemergian Pusic ini dikaitkan dengan kehadiran pemain baharu dari Uzbekistan iaitu Nurillo Tukhtasinov yang juga merupakan pemain tengah.

Dalam tinjauan yang dilakukan pada pengumuman pemergian Pusic di laman Facebook Terengganu, rata-rata sambutan penyokong adalah sederhana dan mengharapkan yang terbaik untuk pemain tersebut.

Walaupun kudratnya tidak membawa kejayaan kepada Terengganu, tetapi mereka tidaklah mengeji pemain tersebut yang kini telah dilepaskan.

“Terima kasih Damagoj Pusic sudi menabur bakti bersama TFC sepanjang berkhidmat bersama pasukan ini. Jasamu dikenang,” kata Mohd Irwan Affendi.

“Terima kasih atas sumbangan. Tapi pasukan perlu buat untuk kemajuan,” ujar Faiz Rahman pula.

“Terima kasih atas jasa-jasa anda kepada TFC,” komen Emy Bana.

Dikatakan Terengganu akan melepaskan seorang lagi pemain import dengan Habib Haroon menjadi sebutan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN