Donny Van de Beek Mahu Lupakan Mimpi Ngeri Kariernya Di Old Trafford

Donny Van de Beek percaya yang perpindahannya menyertai Everton merupakan satu keputusan yang sangat tepat, dan beliau turut merasakan yang The Toffees sangat sesuai dengannya.

Bintang Belanda itu yakin perpindahan beliau menyertai Everton sebagai pemain pinjaman merupakan kesempatan terbaiknya untuknya memulakan semula kariernya yang agak tenggelam sebelum ini.

The Toffees berjaya mendapatkan khidmat Donny Van de Beek menerusi perjanjian pinjaman sehingga akhir musim ini pada jendela perpindahan Januari lalu.

Bekas bintang Ajax itu memulakan kariernya di Merseyside di bawah kendalian Frank Lampard dengan sangat cemerlang.

Beliau merupakan pemain terbaik Everton ketika kejayaan mereka menewaskan Leeds United 3-0 hujung minggu lalu.

Pemain midfield itu diharapkan bakal mengulangi rentak persembahan cemerlang beliau ketika beraksi bertemu Southampton nanti dalam saingan Premier League.

Dalam satu temu bual bersama Sky Sports, Van de Beek menyatakan bahawa:

“Era yang baru, rakan sepasukan yang baru, jurulatih baru, permulaan yang baru. Ini beri saya lebih banyak tenaga baru.”

Pemain berusia 24 tahun itu turut percaya yang beliau boleh membantu kelab untuk mencapai sasaran kelab mengelak dari terus berada di zon penyingkiran.

“Jika kamu lihat di mana kelab dalam carta, mereka juga turut mahu memperbaiki kedudukan itu, saya akan tunjukkan apa yang mampu saya lakukan. Saya rasa ini adalah kombinasi yang bagus.”

Everton pada ketika ini berada di kedudukan ke-16 dalam carta saingan liga, dengan mereka kini mengumpul 22 mata dari 22 perlawanan.

Skuad kendalian Frank Lampard itu jelas sekali perlu mencatatkan keputusan yang positif agar mereka mampu untuk mengelak dari berada di zon penyingkiran.

Kemenangan bertemu Southampton bakal membantu mereka untuk mendaki ke kedudukan ke-14 dalam carta saingan liga, dan akan meletakkan mereka lapan mata di atas Norwich yang berada di kedudukan ke-18.

Donny Van de Beek mahu lupakan mimpi ngeri di Old Trafford

Ketika Manchester United menandatangani Van de Beek dari Ajax pada musim panas 2020, ramai yang percaya ia merupakan rundingan perpindahan yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak.

Bintang Belanda itu telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan bersama kelab kesayangannya itu dalam saingan Eredivisie dan Champions League.

Beliau bahkan turut berada dalam senarai 30 calon pemenang anugerah Ballon D’or pada ketika itu kerana berjaya membawa Ajax hingga ke peringkat separuh akhir saingan Champions League.

Walau bagaimanapun, selepas menjaringkan gol ketika debutnya bersama Manchester United, Van de Beek sering diketepikan dan terlalu sukar untuk mendapatkan minit permainan yang mencukupi.

Beliau hanya sempat membuat 50 penampilan sahaja bersama Red Devils sebelum melengkapkan perpindahan menyertai Everton.

Walau bagaimanapun, dari 50 penampilan itu, Van de Beek secara keseluruhannya hanya beraksi selama 37 minit sahaja secara purata untuk setiap perlawanan.

Walau beliau hanya akan berada di Goodison Park untuk tempoh waktu yang singkat, namun Van de Beek tetap mahu memanfaatkan kesempatan ini untuk menstabilkan semula kariernya.

Beliau memulakan kariernya dengan sangat baik, dan sudah tentu para peminat berharap beliau akan konsisten dan terus memberikan impak seperti yang diharapkan.

Van de Beek jelas sekali mahu melupakan mimpi ngeri yang menimpa beliau di Old Trafford, dan akan memanfaatkan kesempatan diberikan minit permainan untuk buktikan kemampuan sebenar beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN