Penjaga gol AC Milan, Gianluigi Donnarumma telah membuat keputusan untuk tidak mengambil peperiksaan di kolej beliau.
Hal ini bertujuan beliau telah bersetuju untuk menerima panggilan kebangsaan untuk menyertai skuad B-21 Itali ke Piala Eropah B-21 yang akan diadakan tidak lama lagi.
Pada mulanya, Donnarumma memilih untuk tidak menerima panggilan tersebut untuk meneruskan fokusnya kepada peperiksaan yang bakal dihadapi beliau.
Namun begitu, di laman sosial skuad kebangsaan Itali telah diumumkan yang penjaga gol utama AC Milan itu memilih untuk menyertai skuad B-21 negara beliau ke kejohanan yang akan diadakan di Poland nanti.
❗️ Here's the squad that #DiBiagio is taking to Poland for the #Under21 European Championship 🇪🇺 ! 👉 https://t.co/fSYAwAkoIW#Azzurrini 🇮🇹 pic.twitter.com/5XlNa2F9Fv
— Italy ⭐️⭐️⭐️⭐️ (@Azzurri_En) June 6, 2017
Sebelum ini, pemain tengah Spezia iaitu Giulio Maggiore telah membuat keputusan apabila menolak untuk menyertai skuad B-20 Itali ke Piala Dunia B-20 di Korea Selatan.
Hal ini kerana Maggiore turut menduduki peperiksaan kolej beliau ketika ini.
Selain Donnarumma, skuad B-21 Itali turut mempunyai beberapa nama pemain muda berpotensi yang kini sudah sering beraksi di Serie A.
Federico Bernardeschi yang merupakan pemain Fiorentina merupakan antara pemain yang dipanggil turut mempunyai pengalaman bersama skuad utama Itali di Piala Eropah 2016.
Penyerang Sassuolo iaitu Domenico Berardi turut dipanggil sambil pertahanan Juventus Daniele Rugani dan pemain Internazionale, Roberto Gagliardini juga menguatkan barisan B-21 Itali ini.