Gianluigi Donnarumma: “Saya Sebenarnya Nak Jadi Seorang Pemain Tenis”

Pemain AC Milan, Gianluigi Donnarumma telah mendedahkan dirinya sebenanrnya mahu menjadi pemain tenis berbanding menjadi pemain bola sepak!

Beliau yang kini menjadi penjaga gol utama kelab tersebut walaupun kini baru sahaja berusia 18 tahun bercerita yang beliau sebenarnya lebih gemarkan tenis berbanding bola sepak itu sendiri.

“Saya gemarkan sukan tenis. Saya ingin bermain tenis sebenarnya.”

“Jika saya ada dua kehidupan, ingin saja kehidupan kedua saya itu digunakan untuk bermain tenis.”

Akan tetapi, beliau tetap mempunyai wira kegemarannya dalam bola sepak.

Wiranya itu adalah abangnya sendiri, Alfredo Donnarumma yang merupakan pemain bola sepak profesional di kelab Serie B iaitu Salernitana.

“Abang saya adalah contoh ikutan terbaik saya dalam bola sepak.”

“Saya berharap beliau akan terus menjadi contoh terbaik kepada saya.”

Alfredo Donnarumma merupakan abang kepada Gianluigi Donnarumma.

Sejak menjadi pemain utama skuad AC Milan, masa bersama keluarga sudah semakin berkurangan.

Sebelum ini, Donnaruma pastinya akan menikmati pasta bersama-sama sos tomato hasil masakan ibunya itu selepas perlawanan.

“Lazimnya selepas bermain, saya akan makan pasta bersama sos tomato masakan ibu saya.”

“Namun kini saya sudah jauh dengan keluarga dan saya perlu berdikari.”

Walaupun mempunyai masa sendirian lebih lama dan bebas lakukan apa sahaja, Donnarumma tidak pernah mengabaikan tanggungjawab beliau yang masih lagi bergelar pelajar.

“Sememangnya saya ada banyak masa untuk bermain permainan video kerana saya hidup sendirian. Namun pelajaran tetap tak boleh dilupakan.”

“Saya tetap kena siapkan kerja sekolah saya dahulu.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN