Gianluigi Donnarumma antara pemain muda yang kerap menjadi perhatian kerana aksi di dalam padang. Namun kini telah berubah kerana publisiti negatif beliau di luar padang.
Donnarumma menjadi mangsa kecaman peminat Milan kerana menolak kontrak lanjutan yang ditawarkan oleh kelab tersebut.
Semalam, Donnarumma mencetuskan kemarahan penyokong selepas satu muat naik dalam twitter rasmi beliau yang meraikan kejayaan membantu Itali mara ke separuh akhir Euro B-21.
Ini adalah tweet dari akaun Donnarumma yang disertakan dengan hastag Donnarumma dan Raiola:
Paling menarik, tidak lama selepas itu, Mino Raiola menerusi akaun rasmi twitter beliau menyambut twitter Donnarumma dengan tweet ini:
Raiola seakan-akan memberitahu yang gandingan beliau dan Donnarumma kini sedang mengatasi pembenci mereka berdua.
Pada hari ini, penjaga gol muda Itali itu meminta maaf dan terkejut dengan status dari twitter beliau yang didakwa bukan dari beliau.
Ianya adalah dari pihak lain yang menggodam akaun tersebut. Donnarumma berkata:
“Hari ini, tweet dari akaun saya telah mencetuskan ketegangan, perkara itu langsung tidak terfikir untuk saya lakukan. Saya ingin meminta maaf.”
Beliau turut meminta maaf di twitter beliau:
Hackeraggio sul mio account
Chiudo social https://t.co/GMkxsdZsct— GIANLUIGI DONNARUMMA (@donnarumma) June 25, 2017
Donnarumma juga menyatakan yang beliau masih komited dengan pasukan Milan dan masih lagi bersama-sama dengan penyokong Milan selagi-lagi kontrak beliau belum berakhir.
Namun buat masa ini, keutamaan beliau adalah tugasan untuk negara.
Jom kita tunggu penjelasan Raiola, adakah twitter beliau juga digodam?