Kerana Tolak Kontrak Baharu, Donnarumma Dibaling Dengan Kepingan Wang Palsu

Penjaga gol AC Milan, Gianluigi Donnarumma telah diserang dengan balingan kepingan wang kertas palsu ketika kejohanan EURO B-21 baru-baru ini.

Donnarumma yang mewakili Itali di kejohanan tersebut, dibaling dengan kepingan wang kertas ketika perlawanan menentang Denmark baru-baru ini.

Tindakan itu dikatakan dilakukan oleh penyokong AC Milan yang berada di Poland yang merupakan lokasi kejohanan tersebut.

Segalanya bermula apabila penjaga gol muda yang cukup berpotensi tinggi ini membuat keputusan untuk tidak memperbaharui kontrak beliau bersama-sama juara Eropah 7 kali itu.

Keputusan beliau itu nyata mengecewakan semua pihak yang berkaitan dengan AC Milan, akan tetapi ia merupakan satu berita penting buat beberapa kelab utama di Eropah.

Real Madrid, Paris-Saint Germain dan Manchester United dikatakan berada dalam keadaan berjaga-jaga untuk mendapatkan pemain tersebut.

Selain itu, Juventus juga dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain muda tersebut.

Itali berjaya memungut 3 mata di kejohanan EURO B-21 di Poland apabila berjaya menewaskan Denmark dengan jaringan 2-0.

Lorenzo Pellegrini dan Andrea Petagna merupakan penjaring buat skuad muda Itali.

Sumber:

  1. The Guardian (2017): Milan’s Donnarumma has fake money thrown at him in Under-21 match for Italy; https://www.theguardian.com/football/2017/jun/18/italy-gianluigi-donnarumma-fake-money-european-u21-championship

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN