Donnarumma Hampir Pasti Tandatangani Kontrak Lanjutan Di Milan

Bintang muda AC Milan, Gigio Donnarumma dilaporkan hampir pasti melanjutkan kontrak beliau di AC Milan. Ini sekaligus akan menamatkan spekulasi masa depan beliau di San Siro.

Media sukan Itali, Il Corriere dello Sport melaporkan bahawa pemain muda itu sudah berbincang dengan ejen beliau dan bersetuju dengan tawaran baru dari kelab Milan.

AC Milan dilapor mengemukakan tawaran kontrak €4 juta setahun untuk pemain yang berusia 18 tahun tersebut. Ia dianggap tawaran terbaik untuk pemain tersebut.

Donnarumma yang menjadi perhatian banyak kelab besar termasuk di dalam Itali selepas aksi cemerlang bersama Milan dalam beberapa musim dalam usia sangat muda.

AC Milan agak sibuk dalam jendela perpindahan kali ini selepas pemilik baru mereka melabur wang yang banyak untuk rombakan skuad tersebut.

Minggu lalu, Milan sudah melengkapkan perpindahan Franck Kessie, Ricardo Rodriguez dan Mateo Musacchio.

Laporan di Itali juga menyebut pasukan tersebut dalam proses untuk mendapatkan khidmat pemain Lazio, Lucas Biglia ke dalam pasukan mereka.

Berbalik kepada kontrak Donnarumma, ejen pemain tersebut awalnya kurang bersetuju dengan beberapa klausa pada kontrak.

Namun selepas melihat angka €4 juta setahun dalam kontrak, beliau merasakan ia adalah perjanjian yang selayaknya.

Milan akhirnya berjaya memasukkan beberapa klausa termasuk klausa perlepasan di dalam kontrak Donnarumma.

AC Milan dijangka akan mengumumkan perjanjian baru dengan pemain itu selewatnya selasa minggu hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN