‘Domino Effect’ Selepas Pemergian Benjamin Mora, Apa Yang Boleh Berlaku Kepada JDT?

'domino effect' Benjamin Mora tinggalkan JDT 2022

Sebentar tadi, Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya mengesahkan mereka telah melepaskan pengendali pasukan, Benjamin Mora atas permintaannya sendiri dan adakah akan ada ‘domino effect’ terhadap keputusannya ini?

Sebelum ini, menerusi perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, beliau telah memaklumkan seorang pengendali pasukan sedang dalam proses penamatan kontrak, namun identitinya tidak didedahkan.

Ia menimbulkan pelbagai spekulasi dan tampak lebih terarah kepada Mora yang ‘hilang’ dalam dua perlawanan.

Malah, ada pula yang mengatakan yang Mora sebenarnya sedang berada di Jepun memantau lawan mereka di pusingan 16 terbaik AFC Champions League (ACL) 2022, Urawa Reds. Ironinya mereka hanya bermain dalam aksi pemanas badan menentang kelab dari Ligue 1, Perancis iaitu Paris Saint-Germain (PSG), baru-baru ini.

Jadi, dengan pemergiannya, adakah JDT akan berdepan ‘domino effect’ yang memberi kesan terhadap prestasi?

Adakah segelintir pemain akan ikut tinggalkan JDT?

Sebagaimana yang berlaku di luar negara, akan ada situasi di mana pemain mengikut pengendali meninggalkan pasukan. Adakalanya hubungan unik antara pengendali dengan pemain berlaku dan pemain akan turut angkat kaki sekiranya pengendali tersebut meninggalkan pasukan. Adakah JDT berpotensi melalui kesan sebegini?

Kita dapat lihat hubungan rapat antara Jose Mourinho dengan Ricardo Carvalho, Pep Guardiola dengan Thiago Alcantara, Fabio Capello dengan Christian Panucci serta Harry Redknapp dengan penyerang, Jermain Defoe.

Adakah di Malaysia situasi ini berlaku? Ia mungkin sedikit terpencil, namun ia sentiasa berlaku di mana-mana.

Kita boleh lihat bagaimana pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee telah menggunakan pengaruhnya untuk menarik sebahagian bekas anak didiknya seperti Baddrol Bakhtiar, Rizal Ghazali, Khairul Fahmi untuk menyertai The Rhinos pada musim ini. Pemain tidak perlu fikir panjang untuk terima pelawaan bekas jurulatih mereka.

‘Bromance’ Antara Kim Swee & Baddrol Bakhtiar, Jadikannya Calon Kapten Sabah 2022

Dalam situasi Benjamin Mora dan JDT, kita mungkin tidak akan melihat kesan sebegini. Pertama, Mora telah pulang ke Mexico disebabkan permohonannya adalah atas sebab ‘urusan peribadi’ di negara kelahirannya. Kedua, apabila pulang ke Mexico, bagaimana pemain akan mengikutnya? Jelas ia mustahil untuk berlaku.

Selain itu, pemain-pemain JDT lebih menghormati keputusan pasukan terutamanya pemilik pasukan, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) berbanding mengikut langkah pengendali pasukan. Pengendali boleh digantikan pada bila-bila masa, tetapi pasukan jadi keutamaan para pemain.

Namun, mungkin ada pemain akan terpaksa meninggalkan pasukan disebabkan keperluan pasukan berubah.

Bagaimana dengan pengurusan taktikal pasukan?

Mengapa keperluan pasukan boleh berubah? Ini adalah disebabkan pengendali baharu pasti akan bawa gaya pengurusannya yang sendiri. Beliau juga ada penilaiannya yang sendiri mengenai pemain dan taktikal pasukan.

Pembantu jurulatih, Jorge Alvarez ketika sidang media selepas perlawanan menentang Penang FC telah pun menjelaskan, walau apa pun cabaran yang dilalui, para pemain tahu tanggungjawab mereka kepada pasukan.

“Semua orang yang berkhidmat untuk JDT tahu apa yang harus mereka lakukan. Pemain tahu apa yang harus mereka lakukan dan mereka lakukannya dengan sangat baik. Kami ikut kelab. Kami ikut bos [TMJ] kami. Ia bukan soal cabaran tetapi adalah tanggungjawab mengenai apa yang patut dilakukan.”

Skuad Harimau Selatan dilihat telah mengubah formasi taktikal pasukan daripada 3-4-3 atau 3-5-2 kepada 4-3-3 setakat di bawah kendalian Alvarez. Dan jika pengendali baharu didatangkan, tidak pasti apa pula kemahuannya.

JDT juga dalam tiga perlawanan selepas ketiadaan Mora dilihat memberi peluang kepada beberapa pemain yang sukar menembusi skuad utama kembali seperti Hazwan Bakri, S. Kunanlan dan kini Adam Nor Azlin.

Malah Hazwan Bakri telah berjaya meledak dua gol dan Syahmi Safari juga menyumbang satu gol setakat ini.

Kesebelasan utama JDT Sabah Liga Super 2022
Kesebelasan utama JDT menentang Sabah di bawah kendalian Benjamin Mora
Kesebelasan utama JDT Penang Liga Super 2022
Kesebelasan utama JDT menentang Penang tanpa Benjamin Mora

Mungkin inilah antara kesan selepas ketiadaan Mora. Perubahan pemain dan perubahan taktikal pasukan boleh berlaku walaupun mereka masih berteraskan DNA yang sama. Ia akan memberi sedikit kesan terhadap prestasi mereka dalam beberapa perlawanan. Pemain perlu segera beradaptasi dengan perubahan yang berlaku.

Setakat ini, masih belum diumumkan siapa bakal menggantikan Mora sebagai pengendali dan pengurus JDT.

Selepas melalui dua aksi tanpa Benjamin Mora, JDT seperti sedikit bergelut apabila merekodkan kemenangan tipis – menang 1-0 ke atas Penang dan 2-1 ke atas Melaka United. Mungkin para pemain masih menyesuaikan diri dengan perubahan pendekatan taktikal pasukan. Permainan mereka juga tampak kurang menyakinkan.

Namun, ‘domino’ effect’ terhadap JDT atas pemergian Mora ini dijangka akan berakhir jika pengendali yang faham dengan kehendak pasukan dan mengenali rapat dengan kemampuan setiap pemain menyertai pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN