Dominique da Sylva: Saya Tidak Pernah Tahu Tentang Liga M Dan Terengganu FC

dominique da sylva terengganu fc 2020

“Tidak, saya tidak pernah menonton Liga Malaysia. Ini adalah kali pertama. Ketika pihak TFC (Terengganu FC) menghubungi saya, saya mula mengikuti semua perkembangan berkenaan TFC.”

Itu adalah kenyataan daripada penyerang baharu Terengganu, Dominique da Sylva di laman web rasmi kelab selepas disahkan menggantikan Kipre Tchetche bagi saingan musim hadapan.

Walaupun tidak pernah mendengar mengenai Liga Malaysia, Dominique bersemangat untuk membuktikan sentuhannya dapat membantu Terengganu memperbaiki prestasi musim lalu.

Dominique telah sah menandatangani kontrak sebagai pemain Terengganu pada Isnin lalu selepas kapten, Kipre Tchetche tidak menyambung kontrak dan memilih untuk berhijrah ke Kedah.

Kehadiran penyerang berusia 30 tahun ini diharapkan akan kembali menajamkan jentera serangan yang sedikit tumpul pada musim lepas dan turut menjejaskan prestasi keseluruhan pasukan.

Sang Penyu menamatkan musim 2019 di kedudukan ke-7 Liga Super – antara kedudukan terburuk sejak musim 2016 ketika tersingkir ke Liga Premier, selain beraksi sehingga ke peringkat suku akhir Piala FA dan juga suku akhir Piala Malaysia.

“Ketika ini, saya tidak tahu ianya lebih tinggi atau lebih rendah [Liga Malaysia] kerana saya tidak pernah bermain di sini lagi. Kita sama-sama tunggu dan lihat apabila liga bermula,” jelasnya mengenai pandangannya tentang standard Liga Malaysia

Sebelum menyertai Terengganu, Dominique beraksi untuk Sai Gon FC di Liga Vietnam dan Ho Chi Minh FC serta berpengalaman luas beraksi di pelbagai liga antaranya di Mesir, UAE dan Tunisia.

Mengakui akan melakukan yang terbaik kepada para penyokong, Dominique menjelaskan yang segalanya perlu dilakukan bersama semua pemain dan bukan hanya bergantung kepadanya sahaja.

“Saya tahu para penyokong menantikan kehadiran saya. Bukan hanya saya sahaja tetapi pasukan perlu melakukan yang terbaik dan kehadiran saya adalah untuk membantu mereka.

“Berseorangan, Dominique tidak akan mampu berbuat apa-apa tetapi keluarga TFC akan melakukannya bersama-sama untuk berikan yang terbaik kepada para penyokong TFC,” jelasnya lagi.

Terengganu sudah memiliki empat pemain import iaitu Sanjar Shaakhmedov, Lee Tuck, Faris Ramli dan Dominique. Hanya satu posisi sedang dinanti oleh penyokong iaitu di benteng pertahanan.

Kredit Featured Image: TFC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN