Dominic Tan memulakan perlawanan untuk kali ke-3 berturut-turut dalam kejohanan ini. Agak merisaukan selepas dalam perlawanan sebelum ini Dominic beberapa kali mengalami kesakitan.
Posisi
Dominic bermain sebagai bek tengah kanan dalam sistem bek bertiga ataupun rantaian berlima.
Jika dalam perlawanan pertama beliau masih lagi mencari rentak, pada perlawanan kedua, Dominic boleh dikatakan pertahanan terbaik Malaysia ketika mendapat 1 mata penting menentang Jordan. Beliau melakukan 4 hadangan, 2 daripadanya hadangan penting untuk menafkan gol lawan.
Dominic vs Arab Saudi
Dominic sekali lagi menjadi tunjang kepada pertahanan Malaysia di dalam perlawanan ini. Beliau melakukan siri hadangan dan pintasan.
Ketenangan di barisan belakang menjadi kunci utama beliau untuk mengelak daripada melakukan foul yang membawa padah. Beliau juga terlibat dalam satu aksi di kawasan lawan ketika permainan terbuka.
Statistik
Dominic Tan bermain untuk 90 minit pada hari ini. Dominic melakukan 12 clearances dalam perlawanan ini. 6 daripadanya adalah dalam kotak penalti.
Beliau juga melakukan 3 pintasan, 1 daripadanya di dalam kotak penalti.
Dominic turut melakukan 11 hantaran, 9 daripadanya adalah tepat. Menjadikan ratio ketepatan hantaran adalah 82%.
Penilaian
Ini adalah graf prestasi yang luar biasa daripada pemain ini. Jelas dia cepat meningkat dengan minit perlawanan yang lebih banyak.
Beliau mampu mengawal kawasan dan garisan pertahanan beliau dengan baik dan boleh melakukan duel. Kami berharap pemain ini akan terus dibangunkan sebaik mungkin pada musim 2018.
Aksi cemerlang yang wajar diberikan kredit. Begitu juga dengan pencapaian berpasukan pasukan muda B-23 kita yang mencipta sejarah mara ke suku akhir dalam penyertaan pertama kita dalam kejohanan ini.