Dominic Tan Akui Kurang Minit Permainan Jadikan Prestasinya ‘Lemau’

Dominic Tan

Pertahanan negara, Dominic Tan mengakui bahawa aksi yang tidak konsisten dipamerkan beliau berpunca daripada kurangnya minit permainan.

Pemain yang beraksi bersama kelab Thailand, Police Tero sejak beberapa musim ini mengakui beliau lebih kerap memanaskan bangku simpanan musim ini sehingga menjejaskan prestasinya.

Aksi longgar yang dipamerkan Dominic ketika beraksi menentang Vietnam baru-baru ini mula dipertikai oleh segelintir peminat bola sepak dan perkara itu diakui oleh dirinya.

Dengan menyertai Sabah musim hadapan, Dominic yakin beliau akan kembali mendapat rentak permainan yang diinginkan jika diberi peluang beraksi.

Beliau mengakui bukan mudah untuk menghadapi perlawanan yang berintesiti tinggi dan minit permainan yang cukup amat penting buat para pemain jika ingin kekal konsisten.

Khidmat Dominic akan terus digunakan Tan Cheng Hoe menjelang perlawanan Ahad ini menentang pasukan Indonesia.

Kelibat beliau pastinya ditagih peminat untuk memberikan sesuatu yang lebih positif dalam permainan setelah Aidil Zafuan dan Shahrul Saad mengalami kecederaan.

Dominic dijangka bakal berpasangan bersama Dion Cools yang sudah pun tiba di Singapura dan sedia untuk menjadi benteng kebal buat Malaysia.

Perlawanan pasa hari Ahad ini akan menjadi penentu buat anak buah Cheng Hoe sama ada layak atau tidak untuk beraksi di peringkat separuh akhir Piala AFF 2020.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN