Dominasi ABK 2022 Jadi Bukti Kenapa JDT Kekal Sebagai Pasukan Terkuat Malaysia

Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022 telah pun melabuhkan tirainya dengan para pemenang bagi setiap kategori sudah diumumkan menerusi siaran langsung yang ditayangkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Seperti musim-musim sebelum ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) jelas hampir membolot secara keseluruhan anugerah yang dipertandingkan termasuk mendominasi kategori kesebelasan utama pilihan penyokong.

Lebih membanggakan pasukan tersebut, bintang muda mereka iaitu Arif Aiman Mohd Hanapi membolot tiga anugerah dipertandingkan iaitu Pemain Paling Bernilai, Penyerang Terbaik, serta Pemain Muda Terbaik.

Selain itu, Bergson da Silva juga tidak kurang turut menyerlah tahun ini dalam anugerah berprestij tersebut selepas merangkul gelaran sebagai Penjaring Terbanyak Liga Super 2022 serta Pemain Import Terbaik.

Kategori lain menyaksikan Shahrul Saad telah meraih gelaran selaku Pertahanan Terbaik, setelah beliau mengetepikan cabaran rakan sepasukan iaitu Corbin Ong, serta tonggak Negeri Sembilan, Khuzaimi Piee.

Afiq Fazail yang beraksi cemerlang sepanjang musim ini memenuhi jangkaan ramai untuk merangkul gelaran Pemain Tengah Terbaik selepas menewaskan pencabar beliau iaitu Baddrol Bakhtiar dan Mukhairi Ajmal.

Seterusnya, bintang muda dalam pembikinan pasukan tersebut iaitu Daryl Sham turut mencatat nama musim ini untuk meraih gelaran Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier 2022 bersama Nurshamil Abd Ghani dari Kelantan.

Penutup terbaik buat pasukan Harimau Selatan musim ini menyaksikan mereka mendapat anugerah selaku Pasukan Terbaik dan mengekalkan status tersebut sejak 2018.

Musim ini boleh dianggap sebagai tahun paling gemilang buat JDT selepas mereka membolot keseluruhan piala peringkat domestik buat pertama kali.

Selain cemerlang di peringkat domestik, JDT juga membuktikan mereka juga bersedia untuk mencabar Asia, selepas tampil dengan begitu baik dalam saingan Asian Champions League (ACL).

Pemilik JDT iaitu Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) pastinya menjadi individu paling berpuas hati selepas melihat pasukan tersebut mencapai kejayaan dengan sebegitu cemerlang tahun ini.

Walaupun cemerlang dengan dominasi penuh dipamerkan oleh pasukan ini, jelas mereka tidak terus berdiam diri selepas beberapa perancangan masa hadapan telah pun dibuat kini.

Seperti diketahui ramai, JDT menjadi salah satu pasukan yang tidak pernah berehat dan sentiasa berusaha sehabis baik untuk terus kukuh mencengkam saingan Liga Malaysia (Liga-M), selain mempunyai matlamat lebih tinggi di peringkat antarabangsa.

Polisi kelab tersebut juga menyaksikan mereka sentiasa mahu yang terbaik daripada terbaik menerusi persaingan sihat sesama pemain untuk merebut kedudukan dalam pasukan.

Saat pasukan lain mula bercita-cita untuk melakar sesuatu, segalanya kini sudah pun direalisasikan oleh JDT dengan tampil bermatlamat tinggi menerusi perancangan yang teliti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN