Dollah Terkejut Dengan Aksi Cemerlang Pemain Simpanan Pahang

Skuad Tok Gajah berjaya meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Liga Super apabila mudah menewaskan Terengganu FC, 3-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu semalam.

Pengendali Pahang, Dollah Salleh mengakui terkejut dan tidak menjangkakan pemainnya mampu mempamerkan prestasi cemerlang walaupun tanpa khidmat beberapa tonggak utama yang digantung dan mengalami kecederaan.

“Sebenarnya saya tidak jangka mendapat kemenangan yang agak selesa pada malam ini (malam tadi) apatah lagi kita tidak banyak mencipta peluang. Tapi peluang yang ada berjaya dimanfaatkan pemain dengan jaringan.

“Rentak kemenangan itu bermula dengan kejayaan ke atas JDT (Johor Darul Ta’zim) di tempat lawan sebelum menundukkan Melaka United (MU) minggu lalu. Rentak kemenangan itu kami bawa ke Terengganu.

“Selain itu, mentaliti pemain yang sentiasa berazam untuk meneruskan catatan kemenangan kerana tidak mahu ditinggalkan jauh oleh JDT yang kini menghuni tangga teratas liga juga turut mempengaruhi aksi pada malam ini.

“Keupayaan pemain mengekalkan disiplin di dalam padang selain kejayaan menyekat Terengganu daripada menjaringkan gol awal pada 15 minit pertama memberi peluang kepada kami untuk bermain dan seterusnya mengintai peluang menghasilkan gol,” kata Dollah seperti dipetik dalam Berita Harian.

Kesebelasan utama skuad Pahang menentang Terengganu FC semalam. FOTO: PFA

Dalam aksi itu, bekas penyerang T-Team FC, Patrick Cruz berjaya meledak dua jaringan manakala satu jaringan lagi diperoleh menerusi pemain gantian, Mohd Faisal Abdul Halim di minit akhir perlawanan.

Terengganu FC memperolehi gol saguhati daripada sepakan penalti Lee Tuck setelah pengadil melayangkan kad kuning kepada Faisal Rosli kerana melakukan kekasaran di kotak penalti.

Dollah turut memuji prestasi Patrick Cruz yang semakin meningkatkan setelah mereka kehilangan Forkey Doe yang dilanda kecederaan.

“Bagi saya Cruz adalah tonggak pasukan dan selepas kembali pulih daripada kecederaan prestasi dia semakin menjadi bermula perlawanan dengan JDT kemudian Melaka dan Terengganu.

“Saya percaya peningkatan prestasi Cruz akan dapat membantu pemain lain lebih bersemangat untuk meneruskan rentak kemenangan,” kata Dollah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN