Dollah Salleh vs. Rahmad Darmawan: Pertarungan 2 Pemikir Berdarah Sejuk!

Dollah Salleh vs. Rahmad Darmawan! Itulah  2 nama dengan karakter dan cerita yang berbeza di dalam bola sepak kita pada hari ini.

2 jurulatih yang berda di lapangan yang berbeza sebelum ini hari ini berkongsi lapangan sebagai ketua jurulatih pasukan Liga Super.

Dollah Salleh mahu bangkit

Apa sudah jadi dengan Dollah Salleh? Beliau pernah digelar jurulatih ‘juara’ ketika membawa MPPJ menjulang piala keramat Piala Malaysia, dan kemudian era treble Selangor pada 2005.

Beliau memiliki karier yang memberangsangkan di Pahang dengan menjuarai Piala Malaysia 2013.

Beliau meninggalkan pasukan itu untuk menyertai projek menarik di PDRM. Apa yang Dollah tinggalkan di Pahang turut dituai oleh bekas pembantu beliau Zainal Abidin.

Dollah Salleh kemudia dipanggil menjadi jurulatih kebangsaan. Satu KPI yang sangat berat untuk dicapai namun dia tidak mampu menolak kerjaya impian semua jurulatih di negara kita itu.

Kenangan pahit Harimau Malaya dibelasah 10-0 membuatkan nama beliau mulai menjadi bahan. Beliau kemudian meninggalkan skuad kebangsaan dan tidak lama selepas itu menyertai Perlis.

Di Perlis beliau diraikan sebagai simbol projek besar di Singa Utara, namun segalanya bertukar duka. Hari demi hari beliau dan Perlis gagal memberikan aksi meyakinkan selepas perlaburan besar.

Beliau melepaskan jawatan di Perlis dan kembali ke Pahang pada musim ini. Kali ini, Dollah memiliki segala bahan dan rencah yang diperlukan untuk menjadi pencabar kejuaraan musim ini.

Hanya menanti sentuhan tangan beliau untuk menjadikan ia resepi lengkap.

Rahmad Darmawan

Rahmad Darmawan pula jurulatih yang memiliki latar karier yang luar biasa untuk peringkat antarabangsa (B-23). Membantu skuad Sukan Sea Garuda memenangi pingat perak dalam 2 temasya berturut-turut, 2011,2013.

Ia membuktikan beliau adalah jurulatih yang ada kemampuan membangunkan bakat muda. Di peringkat domestik, karier kejurulatihan Rahmad Darmawan amat disegani di Indonesia.

Ramai yang terkejut apabila melihat CV beliau ketika dia menjadi jurulatih T-Team. Namun Rahmad Darmawan bukanlah jurualtih yang ego. Beliau sentiasa merendah diri dan meneruskan tugasannya seperti biasa.

Membantu T-Team untuk menempa sejarah mara ke Liga Super Malaysia pada 2016.

Media di Indonesia melaporkan Rahmad Darmawan turut ditawarkan kontrak untuk menjadi jurulatih beberapa pasukan besar di Indonesia selepas liga mereka dibuka semula.

Namun beliau menyatakan dia menghormati kontrak dengan T-Team dan mahu merasai pengembaraan baru bersama skuad The Titans.

Ironinya, musim pertama di Liga Super, pasukan ini menamatkan musim lebih baik daripada kebanyakan pasukan yang berbelanja besar termasuk si ‘abang’ mereka Terengganu.

Rahmad Darmawan dengan anak muda beliau telah mejadikan mereka sebagai pasukan kedua terbaik di Pantai Timur musim lalu.

Di T-Team, hasil kerja Rahmad Darmawan sentiasa dihargai. Beliau bekerja dalam squad depth yang agak terhad. Namun falsafah bola sepak mereka tetap menjadi keutamaan.

Rahmad Darmawan mahukan anak buah beliau lebih berani bermain bola. Cuba melakukan sesuatu yang imaginatif di dalam padang.

Jika Dollah ada segala bahan, Rahmad Darmawan pula kerap kehilangan bahan beliau. Namun beliau sentiasa gigih mencari formula baru untuk menggantikannya.

Karakter

Kedua-dua jurulatih ini jenis berdarah sejuk di kerusi teknikal. Darah sejuk dalam istilah bola sepak adalah label kepada karakter pemain ataupun jurulatih yang tidak agresif di garisan teknikal.

Namun begitu pengaruh dan kuasa mereka ke atas pasukan adalah dominan.

Dollah Salleh sedar, musim ini musim untuk beliau bangkit. Lebih signifikan ia juga musim untuk Pahang bangkit selepas aksi hambar musim lalu.

Rahmad Darmawan adalah pemikir yang cuba mencari formula cara bermain dalam setiap perlawanan. Beliau adalah pembangun bakat muda yang sangat baik.

Yang pasti suatu hari nanti beliau pasti akan kembali ke negaranya, dan dia akan diingati sebagai revolusionis sejati dalam pasukan ini.

Siapakah yang akan menang dalam pertemuan pertama mereka?

Baca juga: Paul Pogba Setiap Hari Memujuk Agar Griezmann Ke Manchester United

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN