Dollah Salleh Sudah Ada Bayangan Dua Pemain Import Baharu Pahang

Kane explains the difference between Tuchel and Southgate Loading official content
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate
Harry Kane explains the differences between Thomas Tuchel and Gareth Southgate as the England national team begins a new era under Tuchel's management ahead of their upcoming match against Albania.
0 seconds of 54 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
00:54
00:54
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain' Rabiot's reaction to France's defeat to Croatia Tuchel: 'A full Wembley will be amazing' Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Selepas pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh disahkan sebagai pemain tempatan dalam saingan Liga Malaysia 2019 berkuatkuasa semalam, pengendali skuad tok gajah memberi bayangan akan membawa masuk dua pemain import berbisa bagi melengkapkan kuota pemain import.

Pahang sebelum ini dalam dilema untuk mengambil pemain import disebabkan status Sumareh yang masih samar. Pengesahan Sumareh sebagai pemain tempatan bermakna mereka masih mempunyai kekosongan untuk dua slot pemain import.

“Alhamdulillah, saya lega kerana Sumareh kini sah menjadi pemain tempatan. Sebelum ini, dia sendiri gusar dengan status dirinya.

“Selepas pengumuman itu semalam, dia kembali ceria dan kelihatan gembira. Dia kini sudah boleh kembali fokus kepada persediaannya,” kata Dollah dalam Stadium Astro.

https://twitter.com/MediaPhgFA/status/1085425301494976512

Juara Piala FA 2018 itu  setakat ini mengesahkan sudah mempunyai tiga pemain import, iaitu Safuwan Baharudin (Singapura), Saddil Ramdani (Indonesia) dan Herold Goulon (Perancis).

Dollah juga memberi bayangan dua lagi slot pemain import akan diisi oleh pemain dari Brazil dan benua Afrika di bahagian serangan selepas calon pemain import dari Kosovo iaitu Liridon Krasniqi memilih untuk menyertai pasukan lain.

Dickson Nwakame bakal kembali sarung jersi Pahang?

Ketika ini timbul khabar angin di media sosial mengaitkan mengenai perpindahan ‘orang besi’ iaitu Dickson Nwakame ke pasukan Pahang musim ini selepas Dollah Salleh dilihat berinteraksi dengan pemain tersebut melalui laman instagram.

Dickson yang kini tidak terikat dengan mana-mana pasukan sebelum ini beraksi dalam liga utama Perancis dengan pasukan SCO Angers.

Namun penampilan Nwakaeme di Angers SCO dianggap sebagai satu kegagalan apabila penyerang bertubuh sasa itu telah menjaringkan gol sendiri sehingga menyebabkan kelabnya itu tewas 1-2 kepada AS Monaco pada 24 September 2016.

Pada usia beliau yang kini sudah memasuki umur 33 tahun dan tidak beraksi dalam perlawanan kompetitif sejak bulan jun 2017 mungkin akan menyukarkan beliau untuk kembali menemui rentak seperti dulu ketika mewakili Pahang pada tahun 2015.

Setakat ini tiada pengesahan rasmi daripada pihak Pahang FA mengenai kemasukan pemain tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN