Dollah Salleh: Pemain Pahang Sebenarnya Tak Cergas 100% Ketika Lawan JDT

Dollah Salleh

Kejayaan finalist Piala FA 2017, Pahang menyingkirkan juara liga super 2017, Johor Darul Ta’zim (JDT), daripada saingan Piala FA 2018 setelah menewaskan mereka dengan jaringan 3-0 ternyata telah mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan.

Lebih manis, kemenangan 3-0 itu telah meleburkan rekod tanpa kalah JDT di Stadium Larkin selama 2 tahun dimana kali terakhir JDT tewas di laman sendiri ialah pada 28 November 2015 kepada Felda United.

Mengulas mengenai perlawanan itu, pengendali skuad Pahang, Dollah Salleh berkata kepada Berita Harian, pasukannya sebenarnya  ‘tempang’ sebelum jumpa JDT berikutan kecederaan kapten pasukan, Matthew Davies dan Safuwan  Baharuddin.

Malah, penjaring hatrik perlawanan itu, Patrick Cruz dan Mohamadou Sumareh masih belum cergas 100 peratus untuk menghadapi perlawanan penting itu. Namun begitu, Dollah bersyukur kerana pemainnya faham tentang apa yang dirancang olehnya.

“Sebenarnya memang kita merancang untuk mematikan bahagian tengah JDT yang juga nadi dan kekuatan pasukan itu,” kata bekas pemain dan pengendali skuad kebangsaan itu.

“Walaupun dalam sesi latihan saya tidak dapat melatih pemain membentuk taktikal dirancang, tetapi pemain saya faham apa yang saya mahu.

“Tiga pemain tengah JDT adalah nadi utama pasukan itu dan apabila kami menyekat penguasaan mereka, kami dapati Natxo (Insa), Hariss (Harun) dan Nazmi (Faiz Mansor) tiada ruang untuk mengawal bola.

“Kita matikan langkah ketiga-tiga pemain tengah JDT daripada mengumpan bola kepada sayap kanan dan kiri dan ia menyukarkan Gonzalo (Cabrera) menyusup masuk selain membataskan pergerakan Safawi (Rasid),” jelas Dollah.

Sumber: JST, Facebook.

Beliau turut mendedahkan beberapa pemain yang cedera tidak turun berlatih dan ada yang mendapatkan rawatan sebelum bertolak ke Johor Bahru.

“Davies dan Safuwan yang terlepas aksi ketika bertemu Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super akibat kecederaan sedikit merisaukan saya.

“Namun, pada perlawanan tadi (Jumaat), dua pemain ini dilihat bersemangat untuk diturunkan meskipun, Davies tidak menjalani latihan sebelum ini. Apa yang saya terapkan kepada mereka sebelum perlawanan berjaya diterjemahkannya.

“Safuwan yang mengalami kecederaan dan pulang ke Singapura Jumaat lalu untuk mendapat rawatan hanya menjalani latihan ringan, tiga hari sebelum ke Johor Bahru dan latihan yang dilakukan bukan di tahap 100 peratus.

“Saya berpuas hati dengan persembahan setiap pemain yang diturunkan, malah ketika aksi babak kedua saya beritahu pemain jika mereka kekalkan corak permainan seperti babak pertama tidak mustahil kita akan menang.

“Walaupun dalam kedudukan selesa, saya tidak mengubah corak permainan kerana sedar jika diberi ruang, JDT boleh menghukum kami,” katanya.

Kemenangan Pahang ke atas JDT di peringkat suku akhir bermakna skuad Tok Gajah itu akan bertemu PKNP FC di separuh akhir yang berlangsung pada bulan Jun nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN