Sri Pahang kini boleh dikatakan sedang menikmati saat-saat kebangkitan dalam saingan Liga Super 2022 setelah pada awal musim lalu mereka jelas beraksi dengan sangat hambar.
Setelah rombakan dibuat pada pemain import serta kejurulatihan, kini Sri Pahang tampil dengan lebih baik dan berjaya melakar dua keputusan positif berturut-turut dalam saingan Liga Super.
Among other snapshots taken from last night's battle.
Presenting the heroes of the night.#SriPahang#WhereLegendsAreBorn #hakkaClo#extrajossmalaysia pic.twitter.com/jCTu07XaEK— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) August 2, 2022
Gandingan Dato’ Dollah Salleh bersama Fandi Ahmad dilihat berjaya mengubah gaya permainan Sri Pahang yang semakin agresif serta kualiti serangan Steven Rodriguez diakui sangat tajam.
Walaupun begitu, Dollah Salleh enggan merasa terlalu selesa dengan keputusan tersebut dan menuntut para pemain supaya tampil dengan corak permainan lebih konsisten pada perlawanan akan datang.
Menurut beliau, pasukan kendaliannya selepas ini bakal mengharungi cabaran lebih besar untuk beraksi dalam tiga perlawanan berturut-turut di gelanggang lawan yang pastinya menuntut konsistensi tinggi dalam kelab.
Sri Pahang bakal mengharungi cabaran selepas ini menentang Petaling Jaya City (PJ City) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada hari Selasa sebelum berdepan cabaran menentang Melaka United pada 13 Ogos, serta Penang lima hari kemudian.
What a game! 🟡🔵#WhereLegendsAreBorn #extrajossmalaysia #hakkaclo #PosMalaysia pic.twitter.com/8g9EqTBKFn
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) August 1, 2022
Untuk itu, sekiranya mereka mahu mengubah kedudukan carta liga ke arah lebih baik, Sri Pahang kini tidak boleh keciciran sebarang mata lagi.
“Memang saya memikirkan cabaran yang bakal dihadapi pemain tetapi kami perlu melaluinya sebaik mengetahui perlu bermain dalam tiga perlawanan berturut-turut di tempat lawan.
“Mahu atau tidak kami tidak boleh kecicran mata dan saya serta Fandi Ahmad (penasihat teknikal) dan barisan kejurulatihan akan memastikan segalanya mengikut perancangan.
“Pada masa sama, pasukan lain juga ada yang menghadapi situasi sama dan kami perlu lebih bersedia terutama memastikan prestasi terbaik dapat dipersembahkan pada setiap perlawanan,” katanya menerusi Harian Metro.
Seterusnya, Dollah Salleh juga jelas enggan terlalu memikirkan jadual padat yang bakal dihadapi mereka selepas ini dengan kini sedang memberi tumpuan penuh pada aksi seterusnya menentang PJ City.
Menurut pengendali berpengalaman itu, beliau mahu setiap pemain mengekalkan corak permainan yang sangat positif seperti perlawanan sebelum ini ketika menentang Kedah Darul Aman (KDA) dan Selangor.
“Biarpun prestasi semasa belum mencapai tahap yang diinginkan, semua pemain perlu meneruskan rentak kemenangan,” katanya.
📊 KEDUDUKAN – LS14#LigaSuper2022 pic.twitter.com/VaHY4LRjFg
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 1, 2022
Untuk rekod semasa Sri Pahang ketika ini dalam saingan Liga Super, pasukan tersebut berada pada nombor sembilan carta liga dengan mengumpul 14 mata keseluruhan daripada 13 perlawanan diharungi mereka.