Dollah Salleh Lihat Malaysia Cenderung Untuk Beraksi Ala Barcelona

Pengendali bola sepak berpengalaman iaitu Dato’ Dollah Salleh melihat skuad kebangsaan kini berpotensi untuk tampil dengan pendekatan corak permainan baharu bawah bimbingan Pau Marti Vicente.

Menurut Dollah, Harimau Malaya dilihat berkemampuan untuk menampilkan perubahan baharu dalam corak permainan di pentas antarabangsa setelah tampuk kejurulatihan kini bertukar tangan.

Seperti diketahui, Pau Marti tampil selaku jurulatih baharu Malaysia selepas posisi itu ditinggalkan oleh Kim Pan-gon yang kini sedang mencipta nama dalam saingan utama Korea Selatan.

Daripada segi latar belakang, kemampuan Pau Marti tidak boleh dipandang remeh kerana beliau pernah menjadi pembimbing di Akademi Barcelona suatu ketika bersama prestasi dianggap menyakinkan.

Melihat kepada pengalaman lalu dimiliki Pau Marti di Sepanyol bersama kelab gergasi tersebut, maka harapan untuk melihat corak permainan negara tampil bersama perubahan baharu sangat cerah.

Apatah lagi Dollah sendiri mengakui setiap jurulatih hadir dengan pendekatan tersendiri untuk disesuaikan kepada pemain mengikut kesesuaian mereka di atas padang.

“Mungkin beliau (Pau Marti) ada gayanya tersendiri dan kalau dia berasal dari Sepanyol, mungkin corak permainan akan lebih cenderung seperti Barcelona.

“Namun pendapat saya, apa sekalipun yang mahu diterapkan, tiada halangan jika juruatih itu diberi masa dan ruang yang cukup. Malah di Malaysia juga ramai yang meminati corak bola sepak Sepanyol,” kata beliau menerusi laporan dikeluarkan oleh Berita Harian.

Pada masa sama, bekas pengendali utama Sri Pahang itu juga berharap para pemain negara mampu menampilkan aksi terbaik pada saingan Pestabola Merdeka akan datang.

“Kalau kita tengok zaman dahulu piala ini yang paling ditunggu-tunggu oleh pemain. Kalau dapat bermain untuk Malaysia (pesta bola Merdeka) rasa sangat gembira.

“Harapan saya dapat melihat piala itu kembali ke bumi Malaysia sebab ianya satu kemegahan untuk kita,” jelas beliau akhir sekali mengenai situasi pasukan kebangsaan.

Untuk saingan akan datang, Pau Marti menyenaraikan pemain-pemain berkualiti yang dianggap mampu untuk menjulang maruah negara di pentas Pestabola Merdeka akan datang.

Pada pandangan anda pula, adakah skuad kebangsaan bakal mengalami perubahan taktikal dan falsafah baharu bawah kendalian Pau Marti?

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN