Dollah Salleh Berpuas Hati Dengan Aksi Lazarus Kaimbi

Meskipun skuad tok gajah gagal membawa pulang tiga mata penuh dari Alor Star apabila terikat tanpa jaringan dengan Kedah semalam, pengendali Pahang, Dollah Salleh tetap berpuas hati dengan prestasi pemainnya terutamanya penyerang import baharu mereka, Lazarus Kaimbi.

Bekas pengendali skuad kebangsaan itu yakin gandingan Dickson Nwakaeme dan Kaimbi selepas ini akan menjadi lebih mantap dalam perlawanan yang seterusnya kerana dua-dua pemain ini masih belum mencapai tahap kecergasan sepenuhnya.

“Walaupun kedua-dua pemain ini tidak menjaringkan gol pada malam ini, saya tetap berpuas hati kerana ini merupakan perlawanan pertama gandingan mereka dan tanpa seratus peratus kecergasan, mereka masih boleh beri aksi terbaik pada perlawanan ini.

“Nwakaeme dan Kaimbi belum 100 peratus mencapai tahap kecergasan kerana Nwakaeme baru sahaja pulih dari kecederaan hamstring dan tidak sampai seminggu sahaja berlatih bersama rakan sepasukan sementara Kaimbi pula sudah hampir setahun tidak beraksi dan ini kira perlawanan pertama beliau.

“Baru dua tiga hari mereka bersama sudah nampak keserasian antara mereka dan saya percaya pada perlawanan selepas ini kita akan lihat mereka beraksi lebih mantap lagi,” katanya dalam Harian Metro.

FOTO: Pahang FA

Bagaimanapun, Dollah mengakui terkejut para pemainnya masih mampu beraksi dengan lebih baik walaupun hampir tiga minggu berehat sempena sambut hari raya aidilfitri.

“Permulaan perlawanan pertama selepas raya ni menampakkan kesan namun saya tidak menjangkakan kita boleh bermain dengan baik walaupun tanpa tiga tonggak utama,” kata Dollah.

“Kita datang ke Kedah tanpa sikap mahu bertahan kerana kita mahukan kemenangan dan mengutip tiga mata walaupun perlawanan di tempat lawan.

“Namun secara keseluruhan, saya tetap berpuas hati dengan corak permainan kali ini, dengan kita banyak mencipta ruang cuma kita tidak dapat memanfaatkan jaringan gol.” tambahnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN