Dollah Salleh ketika dalam sesi post match reaction di iflix telah menjelaskan yang Pahang tidak bergantung kepada sesetengah pemain tetapi setiap pemain ada peranan masing-masing.
Ini berikutan penggantungan penyerang, Ze Love dan kecergasan Dickson Nwakaeme yang dilihat mengganggu persediaan pasukan tuan rumah untuk berdepan pasukan berprestasi baik, Kedah.
85’| GOL ZUHAIR AIZAT!
Rembatan Zuhair Aizat terbias Khairul Helmi Johari untuk memecahkan kebuntuan di Kuantan. Tok Gajah mendahului ketika ini!@OfficialPahang 1-0 @MEDIAKFA #PHGKED#unifiLigaSuper2019#MFLLive pic.twitter.com/57mvMhPgUv
— MFL LIVE (@MFL_Live) March 8, 2019
Sebelum perlawanan berlangsung, Dollah Salleh telah menjelaskan dalam komen di pre-match reaction yang sesiapa pun yang akan diturunkan, mereka perlulah mengekalkan corak pemainan Pahang.
Dickson Nwakaeme tetap diturunkan walaupun dibelenggu masalah kecergasan dan bergandingan bersama-sama Norshahrul Idlan Talaha di jentera serangan Tok Gajah.
Walaubagaimanapun, Pahang tampil dengan aksi menarik untuk menumbangkan Helang Merah hasil jaringan pemain gantian, Zuhair Aizat yang masuk menggantikan Mohamadou Sumareh.
“Awal-awal saya telah beritahu tadi yang kita bukan hanya bergantung kepada seorang pemain tetapi kita bergantung kepada satu pasukan,” ujar pengendali berpengalaman itu.
Pemain tengah berusia 22 tahun, Zuhair Aizat, terpaksa masuk ke padang akibat kecederaan yang dialami Sumareh di minit ke-75 dan akhirnya muncul wira buat Pahang 4 minit sebelum aksi tamat.
“Siapa sangka baru masuk dan pertama kali dia masuk (bermain) pada tahun ini. Saya rasa bangga. Jadi, siapa yang diberi peluang, mereka harus tidak melepaskan peluang tersebut,” ujarnya.
Kedah akhirnya kalah dan selepas 3 perlawanan tidak melepaskan sebarang gol, akhirnya, penjaga gol yang kembali mendapat panggilan ke skuad kebangsaan, Ifwat Akmal tertewas.
Selain itu, Dollah Salleh turut memaklumkan yang pemain sayap skuad kebangsaan, Sumareh telah mengalami kecederaan sejak sebelum perlawanan lagi namun tetap mahu turun beraksi.
Reaksi ketua jurulatih @OfficialPahang, Dollah Salleh selepas tamat perlawanan LS6 unifi Liga Super 2019 Pahang menentang Kedah.#PHGKDH#unifiLigaSuper2019#MFLLive pic.twitter.com/QoVcUUfEFZ
— MFL LIVE (@MFL_Live) March 8, 2019
“Sumareh sebelum perlawanan pun dia memang sudah ada kecederaan tetapi dengan semangat dia, dia nak main juga, jadi saya bagi dia main pada malam ini,” jelas Dollah Salleh.
Ini bakal menimbulkan persoalan mengenai kebersediaan Sumareh untuk menyahut seruan skuad kebangsaan untuk kejohanan Piala AIRMARINE 2019 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Pahang menang tipis 1-0 ke atas Kedah di Darul Makmur dan memanjat ke takhta liga buat sementara dan menanti keputusan aksi pada malam ini di antara Johor Darul Ta’zim dan PKNP FC.