Sri Pahang antara pasukan yang perlu kembali mencipta kebangkitan pada baki saingan Liga Super 2022 ini setelah mereka sudah pun terlepas peluang untuk beraksi lebih jauh dalam aksi Piala FA 2022.
Selaku pengendali baharu Sri Pahang, Dollah Salleh tidak mahu para pemain mempamerkan aksi secara sambil lewa biarpun tiada penyingkiran bakal dibuat pada penghujung musim ini.
It's a DEAD END for us in the FA CUP..
Hard luck TEAM..#SriPahang#WhereLegendsAreBorn #hakkaClo#extrajossmalaysia pic.twitter.com/2wxdlJqzQp— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) July 23, 2022
Sri Pahang antara pasukan yang pada awalnya berada dalam kedudukan berbahaya ketika ini untuk terjerumus ke dalam saingan Liga Premier musim hadapan, namun disebabkan penstrukturan dibuat oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL), maka kelab tersebut selamat untuk tahun hadapan.
Menurut Dollah Salleh, kebangkitan segera perlu dibuat agar Sri Pahang mampu menamatkan persaingan liga musim ini di kedudukan lebih baik dalam carta liga.
“Kita kena perbaiki segala kelemahan dan bagi saya, walaupun tiada penyingkiran, pasukan perlu bangkit. Kebangkitan dalam saingan Liga Super akan membawa Sri Pahang beraksi dalam saingan Piala Malaysia musim ini.
“Berakhirnya misi di Piala FA selepas tewas kepada Penang FC pada suku akhir tidak boleh membuat pemain berasa kecewa,” kata Dolah menerusi Berita Harian.
Untuk penstrukturan yang dibuat MFL pada musim hadapan, saingan Liga Super bakal diisi dengan 18 pasukan dan kesemua kelab musim ini terselamat daripada penyingkiran.
Walaupun begitu, Dollah enggan menamatkan persaingan liga antara pasukan di kedudukan terbawah carta liga dan mahu berada di posisi lebih baik.
Selaku bekas pemain kebangsaan, Dollah juga berpesan kepada anak buahnya agar mampu memberikan lebih terbaik untuk melonjakkan kedudukan pasukan pada musim hadapan menerusi aksi di atas padang.
Yesterday is not ours to recover, but tomorrow is ours to win or lose. pic.twitter.com/cFjRnXqKZ9
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) July 21, 2022
Pengendali tersebut percaya pada prestasi pemain ketika ini mampu untuk kembali membawa Sri Pahang berada di kedudukan lebih baik dan hanya perlu memperbaiki beberapa sisi kelemahan.
“Tiada yang mustahil untuk Sri Pahang bangkit jika tempo permainan dapat dipertingkatkan,” katanya.
Untuk rekod semasa Sri Pahang selepas mengharungi 11 perlawanan, skuad Tok Gajah berada di kedudukan kedua tercorot dengan mengutip lapan mata sahaja setakat ini.