Dollah Puas Hati Aksi Pahang Walaupun Tanpa 3 Tonggak, Abu Bakar Bidas Pemain Import

Ketua Jurulatih Pahang FA, Dollah Salleh menzahirkan rasa puas hati beliau terhadap prestasi yang ditampilkan anak buahnya ketika mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas PKNP FC pada malam tadi.

Pahang mendahului perlawanan seawal minit ke-2 perlawanan melalui pemain import, Ze Love. Sebelum Dickson Nwakaeme dan Norshahrul Idlan Talaha melengkapkan kemenangan pada babak kedua perlawanan.

Pemain serap tekanan

Bercakap kepada wartawan selepas selesai perlawanan Dollah berkata pasukan kendalian beliau lebih tenang beraksi menentang PKNP FC, berbanding ketika sekadar mencatat keputusan seri menentang Selangor setelah memperolehi gol awal.

“Alhamdullilah, kerana kita mendapat gol awal dan separuh masa pertama kita bermain dalam keadaan tertetekan. Cuma bagusnya ketika memiliki bola pemain boleh bermain, dengan possesion [penguasaan] bola dengan baik.

“Tanpa tiga pemain tonggak yang tidak dapat beraksi, alhamdullilah kita masih dapat mengekalkan corak permainan yang saya harapkan,” ujar Dollah.

FOTO; Malayasian Football League

Dalam perlawanan pada malam tadi, skuad Tok Gajah sedikit tempang apabila turun tanpa dua pemain pertahanan tengah utama, Herald Goulon dan Muslim Ahmad, serta pemain tengah Safuwan Baharauddin akibat pergantungan dan kecederaan.

Dollah juga turut menyifatkan jaringan oleh Nwakaeme di peringkat awal babak kedua perlawanan telah memberikan keyakinan untuk Pahang mendominasi perlawanan menentang PKNP FC.

Pemain import kecewakan PKNP FC

Bagi pengendali PKNP FC, Abu Bakar Fadzim, beliau jelas kecewa dengan prestasi pasukannya kerana telah melepaskan gol awal sejak beberapa perlawanan yang lalu.

Abu Bakar Fadzim turut tidak berpuas hati dengan prestasi pemain import, terutamanya pemain kebangsaan dari Tajikistan Siyavush Asrarov yang disifatkan indah khabar dari rupa, walaupun pemain tersebut merupakan pemain kebangsaan pasukan negaranya.

Foto: PKNP FC

“Semua pasukan mengambil pemain import untuk memberikan sumbangan yang terbaik. Tetapi kalau mereka [pemain import] bermain di bawah [kemampuan] pemain tempatan, ini akan berlaku kepada mana-mana pasukan.

“Kita tidak boleh nak menjangka prestasi [pemain import], cuma kita mahu mengharapkan [apa] sumbangan mereka [kepada pasukan],” ujar beliau yang jelas kecewa dengan prestasi pemain tersebut.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN