Dollah: Pahang Tewas Kerana Kurang Fokus

Perlawanan persahabatan

Tewas 2-1 kepada Selangor dalam perlawanan sulung saingan Liga Super sudah tentu amat perit untuk ditelan oleh skuad Pahang. Ribuan penyokong Tok Gajah yang hadir ke Stadium Darul Makmur, Kuantan telah dikecewakan dengan jaringan Brendan Gan pada minit-minit akhir perlawanan.

Bagi pengendali Pahang, Dollah Salleh yang bercakap kepada Harian Metro selepas perlawanan, segalanya menjadi serba tidak menjadi buat pasukannya terutamanya selepas minit ke-25 perlawanan.

Selepas mendahului menerusi jaringan Ivan Carlos yang mudah menyudahkan hantaran Gopi Rizqi dari sebelah kiri pada minit ke-20, beliau melihat prestasi pemainnya mulai menurun dan akhirnya dihukum dengan dua gol dari pasukan pelawat.

“Dengan prestasi tidak konsisten itu dan kelekaan, lawan bijak memanfaatkan peluang untuk menjaringkan dua gol, masing-masing satu pada setiap babak.

“Kami cuba menggandakan serangan dan mempunyai beberapa peluang untuk menambah jaringan tetapi dipersiakan.

“Sebaliknya, Selangor mengambil peluang itu di penghujung perlawanan yang menyebabkan pasukan akur tewas di tempat sendiri,” katanya.

Dollah yang pernah membimbing Selangor merekodkan kejuaraan ‘treble’ pada 2005 mengatakan beliau telah pun mengingatkan para pemainnya supaya kekal fokus dan berwaspada dengan kemampuan Selangor.

Akhirnya segala percaturan yang telah beliau rangka untuk perlawanan berkenaan tidak berhasil dan Selangor dilihat lebih dominan dengan mengatur beberapa serangan balas dan berjaya membawa pulang tiga mata berharga ke Shah Alam. 

“Lebih-lebih lagi aksi dua pemain iaitu Ifedayo Olusegun dan Brendan Gan. “Tapi secara keseluruhannya saya tetap berpuas hati dan anggap nasib tidak menyebelahi Pahang malam ini,” katanya.

Pahang selepas ini dijadualkan berkunjung ke Lembah Klang untuk menentang PJ City FC pada 6 Mac ini sementara Selangor pula akan melayan kunjungan Perak pada 7 Mac.

Kredit Foto: Pahang FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN