Dokumentari Kontroversi Pogba Dianggap Rancangan Syok Sendiri

Dokumentari terbaru Paul Pogba yang berjudul, ‘The Pogmentary’ telah memberikan hasil yang sangat mendukacitakan dan turut dianggap syok sendiri.

Siri dokumentari itu hanya menerima penarafan atau rating 1/10 di IMDb dan jelas sekali para peminat langsung tidak gembira menonton ‘The Pogmentary’.

Lebih menyedihkan lagi, ‘The Pogmentary’ turut dianggap sebagai rancangan TV atau filem yang menerima penilaian paling teruk dalam sejarah IMDb.

Paul Pogba baru-baru ini aktif mempromosikan dokumentari tersebut di laman media sosial miliknya.

Walau bagaimanapun, sejak dari hari pertama beliau mempromosikan dokumentari tersebut, boleh dikatakan yang ruang komen di laman media sosial beliau penuh dengan caci maki para peminat.

‘The Pogmentary’ telah ditayangkan di Amazon Prime Video sejak minggu lepas, dan siri dokumentari tersebut memberikan gambaran tentang kehidupan serta perjalanan karier pemenang Piala Dunia itu.

Walau bagaimanapun, tidak sama seperti apa yang diharapkan, siri dokumentari itu telah menerima kritikan yang sangat teruk dari para peminat dan pengkritik.

Hal itu menyebabkan rancangan itu telah menarik perhatian IMDb dan ketika artikel ini ditulis, ia mendapatkan penarafan 1 daripada 10.

Secara tak langsung, ia menjadikan siri dokumentari ‘The Pogmentary’ sebagai rancang yang menerima penarafan paling rendah.

​Menurut pengguna Twitter OddsOnFP​, rancangan penarafan kedua terendah ialah siri muzik Turki ‘Iste Bu Benim Masalim’, yang mempunyai penarafan 1.2 daripada 10.

‘The Pogmentary’ terdiri daripada lima episod dan rancangan tersebut memberi gambaran kepada para peminat tentang kehidupan dan kerjayanya.

Boleh dikatakan setiap episod akan ada kontroversi yang dicetuskan oleh Paul Pogba dalam rancangan tersebut dengan beliau turut menghentam United tanpa belas kasihan.

Paul Pogba hentam Man United tanpa belas

Paul Pogba menghentam Manchester United tanpa belas kasihan dengan beliau mengutuk serta mendedahkan segala keburukan bekas kelabnya itu dalam dokumentari terbarunya.

Pemain kebangsaan Perancis itu tanpa segan silu menghentam United dari segala sisi termasuk menuduh bekas kelabnya itu tidak tahu menjaga perasaan beliau.

Dokumentari tersebut kini sudah boleh ditonton di The Amazon Prime Video dan jelas sekali dari awal ia ditayangkan sudah banyak kontroversi yang tercetus.

Dalam episod pertama dokumentari tersebut, Pogba dilihat bersama peguamnya, Rafaela Pimenta sedang berbual di rumahnya.

Kedua-dua mereka berbual dan kemudiannya menghubungi bekas ejen Pogba, mendiang Mino Raiola menerusi panggilan video.

Ketika adegan itu dirakam, Pogba sebenarnya sedang berunding dengan United untuk menandatangani kontrak baru dengan kontrak asal beliau ketika itu berbaki setahun sahaja.

Para peminat skuad United terkejut ketika mendengar Paul Pogba menuduh The Red Devils tidak pandai menjaga hati dan perasaan beliau sepanjang kariernya di Old Trafford.

Raiola ketika itu memberitahu Paul Pogba yang United sebenarnya sangat berhasrat mahu beliau kekal di Old Trafford.

Pogba walau bagaimanapun tidak gembira mendengar kenyataan dari ejennya itu dengan beliau kemudiannya meluahkan tentang rasa tidak puas hatinya terhadap layanan dari pihak kelab.

“Bagi semua pemain, mereka perlu rasa yang mereka penting untuk kelab. Dan mereka perlu rasa penting dalam pasukan mereka. Jika kamu tak ada rasa itu, maka tak berguna.”

Pogba kemudiannya telah ditanya tentang apa sebenarnya yang beliau rasakan akan mampu untuk menggembirakan beliau.

“Dapat jadi sebahagian dari projek yang mana saya turut terlibat sama,” jawab Pogba.

“Di sini, saya kembali dari kecederaan, mereka tak bantu saya, mereka tak peduli tentang bagaimana saya rasa, jadi saya perlu sertai skuad kebangsaan untuk dapatkan semula keyakinan saya.”

Mendengar komen dari Paul Pogba jelas sekali akan membuatkan penyokong United berasa kecewa.

Sebaik video tersebut ditayangkan pada awal minggu baru-baru ini, terdapat banyak kenyataan dari Paul Pogba yang sebenarnya telah mengguris hati para penyokong The Red Devils.

Lebih teruk lagi, Paul Pogba turut mendedahkan yang nilai £300,00 yang United tawarkan kepadanya itu sebenarnya langsung tiada nilai.

Pogba menerima tawaran gaji bernilai £290,000 seminggu atau £15,080,000 setahun bersama Manchester United.

Nilai pendapatan beliau itu sebenarnya sangat tinggi dan agak keterlaluan jika dibandingkan dengan prestasi yang beliau tunjukkan di atas padang.

Walaupun aksi Pogba tidak seperti yang diharapkan, namun Man Utd sendiri turut beberapa kali mencuba untuk menawarkan kontrak baru kepada bintang Perancis itu.

Namun begitu, Paul Pogba dengan angkuhnya menganggap yang tawaran £300,000 dari United itu sebenarnya tiada nilai dan tak membawa apa-apa maksud.

Sumber: Gambar

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN