Doktor Jepun Keluar RM1.6 Juta Sendiri Bantu Nigeria Yang Menang Gangsa Bola Sepak Olimpik

Baik sungguh hati doktor ini.

Seorang doktor dari Jepun iaitu Katsuya Takasu (gambar bawah) telah memberikan ganjaran sebanyak $390 ribu kepada skuad bola sepak lelaki Nigeria.

Hal ini kerana mereka berjaya memenangi pingat gangsa dalam acara bola sepak di Sukan Olimpik Rio 2016 walaupun berdepan dengan banyak kesusahan.

Kagum dengan semangat pasukan Nigeria

Takasu yang merupakan pakar pembedahan plastik, terbang terus ke Rio untuk menyerahkan cek kepada pasukan Nigeria selepas mereka memenangi pingat gangsa.

Rio-2016-Nigeria-vs-Honduras-3

Semuanya bermula apabila Takasu mendapat tahu ketika skuad Nigeria hendak ke Rio, mereka tersadai di Atlanta, Amerika Syarikat; tempat di mana mereka mengadakan kem latihan sebelum Sukan Olimpik.

Mereka gagal untuk sampai ke Rio tepat pada waktunya kerana Kementerian Sukan Nigeria gagal menyediakan penerbangan yang baik serta gagal membayar yuran penerbangan!

Ini menyebabkan pasukan bola sepak Nigeria hanya tiba di Rio 7 jam sebelum sepak mula perlawanan pertama mereka menentang Jepun.

Apa yang mengagumkan Takasu adalah mereka berjaya menewaskan pasukan Jepun! Dan mereka berjaya menjadi juara kumpulan dan layak sehingga peringkat separuh akhir.

nigeria-1

Dan mereka juga memenangi pingat gangsa selepas menewaskan Honduras dalam perlawanan penentuan pingat gangsa.

Boikot perlawanan kerana tak bayar elaun

Masalah pasukan Nigeria tidak berakhir dengan masalah kelewatan tiba di Rio sahaja.

Pemain pasukan Nigeria telah melancarkan mogok untuk memboikot latihan serta mengancam tidak akan hadir untuk perlawanan suku akhir menentang Denmark.

Ini kerana mereka berang dengan tindakan Persatuan Bola Sepak Nigeria (NFF) yang tidak membayar baki elaun pemain yang ke Rio dan tidak membayar gaji pegawai dan staf pasukan selama 5 bulan!

Amaju Pinnick yang merupakan presiden NFF telah mengarahkan pegawainya untuk melangsaikan gaji dan elaun tertunggak itu dengan menggunakan wang $60 ribu hasil pemberian Kesatuan Bola Sepak Afrika (CAF).

Menurut sumber dalaman pasukan yang berada di Rio, pemain hanya menerima $150 sehari sepanjang 11 hari dan elaun tambahan tidak diberikan untuk setiap perlawanan yang mereka main kerana kekurangan wang.

Layanan buruk NFF kepada pasukan juga telah melunturkan semangat pasukan untuk bersaing dengan baik.

Menurut Pinnick:

“Ini membuatkan semangat patriotik mereka semakin luntur dek kerana layanan NFF terhadap pasukan di Sukan Olimpik.”

Ganjaran memenangi pingat gangsa

Kisah yang penuh dengan kesusahan namun penuh dengan inspirasi ini membuatkan Takasu ingin memberikan ganjaran kepada pasukan Nigeria.

Takasu menderma sebanyak USD200,000 sebagai peruntukan untuk membayar gaji dan elaun yang tertunggak.

Manakala USD10,000 lagi diberikan kepada setiap pemain dalam skuad Olimpik Nigeria dan juga kepada pengurus pasukan diatas kejayaan memperoleh pingat gangsa!

Takasu-Mikel-Obi-and-Siasia

“Saya terbang dari Tokyo terus ke Rio untuk menyampaikan hadiah saya untuk mereka.”

“Melihat mereka dikalungkan pingat gangsa ketika di dalam stadium satu saat yang indah.”

TAKA1

Takasu ternyata kagum dengan semangat tidak berputus asa oleh pasukan Nigeria.

“Mereka berjuang sehabis baik untuk mencapai kejayaan walaupun ditimpa pelbagai masalah.”

“Namun mereka tetap teruskan perjuangan mereka. Saya yakin jika orang lain mereka pasti sudah putus asa.”

Cubaan songlap duit oleh NFF

Namun begitu, keseronokan pasukan Nigeria terbantut seketika.

Hal ini kerana wang yang diberikan oleh Takasu disonglap oleh pegawai NFF yang cuba menyalurkan wang itu kepada persatuan, bukannya kepada pemain.

Namun Amaju Pinnick terus menafikan dakwaan tersebut.

“Itu menuduh pihak NFF cuba ‘mencuri’ duit itu adalah tuduhan yang tidak berasas.”

Menurut Pinnick, sistem di Nigeria yang menyebabkan wang derma itu tidak dapat diberikan terus kepada pasukan.

“Negara kami memerlukan setiap wang derma perlu melalui prosedur, jika derma itu mendapat ‘lampu hijau’ maka wang itu boleh disalurkan terus kepada pasukan.”

Menurut laporan, alasan diberikan oleh Pinnick dikata cuma untuk menutup tindakan mereka yang mahu menggunakan wang tersebut untuk tujuan membayar gaji tertunggak staf dan pegawai pasukan.

Walaubagaimana pun, tindakan Takasu ini sungguh menyentuh hati.

Ia menujukkan setiap usaha yang diberikan apabila menempuh kesusahan pasti akan dibalas dengan ganjaran.

Nigeria menamatkan Sukan Olimpik Rio di tangga ke-78 dengan membawa pulang 1 gangsa.

Baca juga: Kalusha Bwalya; Inspirasi Kebangkitan Zambia Selepas Nahas 1993

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN