Prestasi semasa Tomislav Steinbruckner bersama Terengganu kini terus menjadi bualan ramai dalam kalangan peminat yang tidak berpuas hati akan keputusan terbaharu dicatat pasukan tersebut.
Terbaharu, Sang Penyu mencatat kekalahan tipis 0-1 kepada Selangor walaupun mereka sebenarnya memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri iaitu Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA).
Pada aksi tersebut, Terengganu terlebih dahulu dikejutkan akan gol awal pelawat menerusi ledakan penyerang import dari Chile iaitu Ronnie Fernandez untuk menyentap seketika semangat penyokong.
Tersentak dengan gol tersebut, Terengganu beberapa kali menyusun peluang serangan namun ianya mudah diatasi Selangor yang tampak lebih bersedia di segenap posisi.
Lebih mengecewakan, aksi ditampilkan oleh para pemain import Sang Penyu pada aksi tersebut juga kurang memberansangkan untuk memberi lebih banyak impak positif kepada pasukan tersebut.
Di media sosial, nama pengendali Terengganu iaitu Tomislav Steinbruckner menjadi pertikaian sesetengah peminat yang tidak berpuas hati akan kualiti ditampilkan beliau buat pasukan itu.
Apa tidaknya, Terengganu kini sudah lima perlawanan tidak meraih sebarang kemenangan dengan tiga keputusan seri serta dua kekalahan dicatat pasukan tersebut termasuk dalam saingan ACC Shopee Cup.
Untuk saingan Liga Super sahaja, Terengganu hanya merekodkan dua jaringan serta dibolosi tiga gol daripada tiga perlawanan telah diharungi selain menampilkan aksi cukup mengecewakan.
“Bagi pandangan aku, tomi wajib bertanggung lepaskan jawatan buat skrng, sebab banyak peluang dah bagi dah, tapi kputsan sejak akhir2 mmg kecewa dah.. cuba coach badrul pulok, kite tgop mcm mne.. penyokong dah bosan dan jemu dgn gameplay ganu nih.. Kami nak perubahan ketara dan fresh gameplay yg agresif #TOMIOUTNOW,” komen Abdul Malik.
“Iklan gah sebab ada pawi dgn matyat…tanpa 2 pemain pinjaman tu kita tade beza dgn kdn n9 sri pahang….1st e tomi dia main tuka2 mcm main pes dengan kawan2 je..habis argzim semua dibawak masuk hadehh pengurusan pun bendul munasabah g setuju dengan rehat 8 hari,” ulas Nui’e San pula.
“Tfc punoh & terus punoh klu tak dibuat tindakan segera. Corak game tiada langsung perubahan dari awal musim sehingga skrg oleh coach Tomi.
“Percaturan player yg diturunkan oleh Tomi jgk tak mempamerkan kesungguhan utk menang & jelas tak mengikut prestasi permainan. Akram sbgai contohnya menunjukkan prestasi baik game kebelakangan ni tapi disisihkan 1st eleven, game sblm ni player sprt Akhyar yg masih lincah ditukarkan..
“Byk kputusan2 bodoh dibuat oleh Tomi yg mempengaruhi tfc utk mengutip mata..Pemilihan player import yg dibuat Tomi jgk nmpk gagal, player sprt Akinade, Chijokie, Marin, Bonilla & Stevordeen..Taktikal yg diterapkan oleh Tomi nmpk tak serasi dgn player dgn corak memperlahankan game melalui midfield control yg menampakkan tiada urgency dlm menjana attacking..
“Apa lagi yg diharapkan oleh Pengurusan TFC? CEO nk tunggu hingga habis musim? Belaja dari team Kuching FC yg mempamerkan corak short pass & fast attacking & bukannya sprt tfc skrg yg byk back pass dari move forward,” komen Nazli Suhardi panjang lebar.
Apapun, kami sendiri mengakui prestasi semasa Terengganu sangat mengecewakan walaupun mereka mempunyai barisan pemain berkualiti di atas padang.
Pertikaian mereka kepada Steinbruckner bukannya suatu yang salah kerana penyokong berhak bersuara atas kelemahan serta kepincangan kelab yang sudah berlarutan sejak beberapa perlawanan lalu.