Does Colour Matter?: Selangor Perkenal Jersi Hitam Yang Menggiurkan

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) memperkenalkan jersi edisi khas bersama hitam sebagai jersi ketiga pasukan Selangor untuk digunakan dalam saingan Liga-Malaysia (Liga-M) pada musim depan.

Selepas mengeluarkan video ‘teaser’ pada Jumaat, jersi itu dipamerkan secara umum pada hari ini dalam majlis pengenalan pemain skuad utama Selangor sempena meraikan Hari Bola Sepak Selangor di Stadium Shah Alam.

Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon dalam kenyataannya kepada Berita Harian menjelaskan, jersi berwarna hitam itu hanya dikeluarkan sebanyak 2,000 helai sahaja dan penjualannya telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penyokong The Red Giants.

Beliau yang ditemui dalam majlis tersebut menjangkakan semua 2,000 helai jersi itu akan habis terjual sebelum Liga-M bermula pada 28 Februari ini.

“Jualan jersi edisi khas ini amat menggalakkan dan kita memang mengeluarkan 2,000 helai sahaja dan tidak akan menempah semula. Jika habis terjual, maka habislah.

“Setakat ini, 20 peratus sudah ditempah secara dalam talian dan kita akan menjualnya secara fizikal pada hari perlawanan namun ia tertakluk selagi stok masih ada,” katanya lagi.

Semua pemain Selangor yang sudah sah akan membawa cabaran Selangor pada musim depan hadir memperagakan jersi hitam itu termasuk pemain baharu seperti Brendan Gan, Muhammad Safuwan Baharuddin, Rodney Celvin Alwensivie dan Nicholas Ryan Swirad.

Warna hitam menjadi pilihan kebanyakan pasukan di dunia untuk dijadikan jersi ketiga. Pada musim ini beberapa pasukan handalan di Eropah juga memilih warna ini seperti Chelsea, Liverpool dan Paris Saint Germain (PSG).

Selangor sebelum ini turut memperkenakan kad keahlian yang dipanggil Red Giants Team Card yang memberikan penyokong menjadi ‘ahli rasmi’ pasukan dengan menawarkan pelbagai faedah yang boleh didapati daripada kad tersebut.

Antaranya fungsi kad yang boleh digunakan sebagai kad ‘Touch ‘n Go’ serta mendapat diskaun di beberapa restoran, kedai sukan, gimnasium, kedai permainan video dan sebagainya.

Ia membuktikan pasukan Selangor kini semakin bertambah baik dalam mendekati penyokong sejak pucuk pimpinan pasukan diambil oleh oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Presiden dan dibantu oleh Dr. Johan sebagai Setiasuha Agung.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN