Doan Van Hau Dihargai SC Heerenveen Atas Kejayaannya Bersama Vietnam

doan-van-hau-duoc-sc-heerenveen-vietnam-u22

Pemain skuad Sukan SEA Vietnam, Doan Van Hau menerima sedikit penghargaan daripada SC Heerenveen sebelum aksi menentang Willem II di Eredivisie, Liga Belanda, selepas pulang daripada tugasan di temasya dwi tahunan yang berlangsung di Filipina.

Penghargaan itu adalah atas sumbangannya membantu Vietnam meraih pingat emas buat negaranya, selepas 60 tahun menanti.

Van Hau telah dipinjamkan oleh Hanoi FC ke kelab tersebut sejak 2 September dan dijangka akan pulang ke Vietnam pada Jun 2020, sekiranya SC Heerenveen tidak berminat dengan khidmatnya.

Majlis ringkas tersebut dilangsungkan kira-kira 20 minit sebelum aksi menentang Willem II bermula, dengan sesi penyerahan sejambak bunga oleh Pengarah Teknikal kelab, Gerry Hamstra.

Selain itu, pada masa yang sama, skrin besar di dalam stadium memainkan semula detik Van Hau meledak dua gol membenam Indonesia di pentas final Sukan SEA untuk meraih pingat emas.

Kemudian, laman sesawang rasmi kelab dilihat turut mengucapkan tahniah kepada pemain berusia 20 tahun itu dan juga Vietnam.

Disebalik kegembiraan Van Hau dan Vietnam dengan penghargaan yang telah diberikan oleh kelab di liga utama Belanda itu, satu perkhabaran kurang enak turut didapati oleh Park Hang-seo.

Pertahanan kiri itu tidak akan dilepaskan oleh SC Heerenveen untuk Kejohanan AFC B-23 pada Januari depan. Kelab tersebut menjelaskan kejohanan tersebut adalah di luar kalender FIFA dan baru sahaja melepaskannya untuk pulang beraksi di Sukan SEA.

Selain itu, turut dilaporkan kelab asalnya, Hanoi FC terpaksa membayar pampasan untuk membawanya ke Sukan SEA iaitu pembayaran gaji sepanjang ketiadaanya di Belanda ditanggung oleh kelab asalnya selain melupakannya untuk kejohanan AFC.

Menurut laporan itu lagi, Park Hang-seo juga sudah sedia maklum sejak awal mengenai perkara ini dan kini sedang mencari solusi baharu untuk mengisi slot yang ditinggalkan Van Hau nanti.

Van Hau sebelum ini telah mengundang kritikan hebat selepas menyebabkan arkitek era baharu Indonesia, Evan Dimas cedera teruk dan tidak dapat meneruskan aksi di perlawanan penting tersebut. Ada yang mengatakan itu taktik kotor Vietnam.

Kredit Featured Image: SC Heerenveen

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN