Do Dong Hyun Dinobatkan Sebagai Pemain Terbaik Liga Super Edisi Februari

Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Loading official content
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília
The Brazilian National Team held its last training session at Mané Garrincha Stadium, in Brasília, where they will face Colombia in the 2026 World Cup Qualifiers.
0 seconds of 1 minute, 27 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Thiago Almada scores his first goal for Lyon
00:46
00:00
01:27
01:27
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video CBF di OneFootball

Pemain import Kelantan FA dari Korea Selatan, Do Dong Hyun dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pemain Terbaik Liga Super Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) – asiana.my bagi edisi Februari 2018.

Dong Hyun meraih anugerah itu selepas menerima undian tertinggi iaitu 51.52% (3,949 Undi).

Dia mengalahkan empat calon lain iaitu Tchétché Kipré dari Terengganu FC 23.51% (1,802 Undi), Natxo Insa dari Johor DT 13.42% (1,029 Undi), Rufino Segovia dari Selangor FA 6.59% (505 Undi) dan Mahali Jasuli dari PKNS FC 4.96% (380 Undi).

Kemenangan itu menyaksikan pemain berusia 24 tahun itu menerima sebuah trofi dan sebingkai gambar sumbangan asiana.my selain wang tunai berjumlah RM1500 sumbangan 139associates dan MK, jersi tajaan PaddyGear, produk minyak wangi tajaan BB7, kasut sukan tajaan AY Sports dan juga perapi rambut tajaan Major Pomade.

“Saya tidak menyangka akan memenangi anugerah ini kerana bersaing dengan calon-calon yang tidak kurang hebatnya, namun begitu saya amat gembira dengan pengiktirafan yang telah diberikan ini.

“Ucapan terima kasih kepada semua rakan-rakan sepasukan yang memberikan komitmen terbaik dan tidak lupa juga kepada semua penyokong yang menterjemahkan sokongan ini kepada undian,” katanya seperti dipetik dalam Sinar Harian.

Anugerah itu disampaikan oleh Presiden PFAM, Rezal Zambery Yahya di Subang Jaya hari ini pada majlis yang turut dihadiri Bendahari PFAM, Rudie Ramli, Exco PFAM, Mohd Fairuz Abdul Aziz serta Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail.

Pengenalan

Do Dong-Hyun dilahirkan pada 19 November 1993. Bakat dari Korea Selatan ini pada mulanya dikesan oleh Brisbane Roar di Australia ketika Dong-Hyun beraksi bersama pasukan Korea Selatan B-20.

Dong-Hyun yang berusia 19 tahun pada ketika itu dipanggil untuk menjalani pemilihan bersama kelab Australia tersebut sebelum bersetuju untuk menyertai mereka dengan kontrak selama 3 tahun.

(Photo by Paul Kane/Getty Images)

Penampilan bersama kelab A-League tersebut menjadikan Dong-Hyun sebagai pemain asing termuda yang pernah beraksi di A-League.

Namun demikian, Dong-Hyun hanya kekal semusim di Australia dan hanya tampil di dalam 3 perlawanan bersama Brisbane Roar. Beliau kemudiannya berhijrah ke FC Gifu di J2 League dan kemudiannya Norteast United di I-League di India.

Posisi pemain

Dong-Hyun adalah seorang pemain sayap. Berkaki kiri, pemain ini turut boleh beraksi sebagai penyerang tengah.

Pada musim lalu, Dong-Hyun beraksi sebagai pemain tengah menyerang bersama UITM FC.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN