David Sullivan: “Dmitri Payet Kaki Mogok, Saya Nak Ajar Dia Tetapi Bilic Tak Setuju”

David Sullivan bercakap kepada talksports tentang perangai Dmitri Payet yang terpaksa dijual awal kerana merengek mahu ke Marseille.

Sullivan memberitahu yang mereka sudah memaklumkan kepada Payet meminta pemain itu kekal sekurang-kurangnya 6 bulan lagi sebelum musim berakhir.

Payet sebelum itu sudah menandatangani kontrak baru di West Ham. Tetapi pemain kebangsaan Perancis itu besar kepala dan terus mendesak kelab sedangkan beliau sebelum itu menyatakan gembira dengan kontrak baru.

Sullivan terpaksa menjual Payet selepas pemain itu melancarkan mogok. Ini bukan kali pertama Payet berbuat demikian dalam karier beliau. Sullivan berkata:

“Kami tahu Payet sedang memberontak ketika di Perancis. Sebab itu kami berjaya membeli beliau dengan harga £10.5 juta. itu pembelian yang hebat.”

“Jadi, kami sedia maklum yang kami membeli pemain yang besar kepala di dalam pasukan dan berpotensi untuk mogok jika tidak puas hati.”

“Inilah sebab kenapa Payet tidak pernah memenuhi potensi terbaik beliau sebagai pemain. Sebab ini jugalah kelab-kelab besar tidak berminat dengan beliau.”

“Payet pemain yang hebat ketika 18 bulan di London. Beliau juga secara tidak langsung menjadi simbol kepada perniagaan kelab kami yang baik apabila berjaya menjual beliau 2 kali ganda daripada harga yang kami bayar dahulu.”

“Bilic yang sebenarnya mahukan beliau dijual serta merta kerana perangai beliau boleh memberikan kesan buruk kepada pasukan.”

“Dengan adanya bidaan £20 juta dari Marseille, sukar untuk kelab seperti West Ham untuk menolaknya dan pada masa yang sama kami tahu Payet sudah tidak ada hati bermain dengan kami.”

“Kami memang tidak pernah merancang untuk menjual beliau sehinggalah keadaan memaksa. Kami mengadakan beberapa siri perjumpaan dengan beliau.”

“Dia mahu keluar dan pengurus pun mahu dia keluar. Beliau berkata tidak mahu bermain dengan pasukan yang beliau sudah tidak selesa.”

“Jujurnya, saya sudah berkata kepada Bilic, mahukan dia kekal 6 bulan lagi dan bagi dia merasa detik sukar, memberikan dia sedikit pengajaran. Namun Bilic memberitahu ia akan merosakkan kem pasukan. Jadi saya hormati keputusan pengurus.”

Lain macam permainan Sullivan selaku orang lama. Beliau jelas mahu Payet merasai duduk di kerusi simpanan dan berlatih seorang diri sepanjang 6 bulan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN