Diundang Perlawanan Jemputan, Kehebatan Harimau Malaya Mula Dipandang Dunia

Skuad kebangsaan kini dilihat semakin dikenali serata negara setelah kejayaan mereka melangkah ke Piala Asia 2023 secara merit baru-baru ini dalam peringkat kumpulan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Menerusi aksi yang mantap serta melakar kejutan ke atas pasukan lebih baik dari segi ranking, maka tidak hairan mengapa skuad negara kini mula menjadi perhatian ramai di serata dunia.

Terbaharu, beberapa negara dilihat berminat untuk menguji skuad kendalian Kim Pan-gon ini untuk menguji sejauh mana kekuatan Malaysia setelah bangkit daripada aksi lesu tahun lalu dalam beberapa kejohanan.

Dikhabarkan juga Harimau Malaya turut menerima beberapa undangan bagi menyertai perlawanan jemputan yang membabitkan negara lebih bagus dari segi ranking untuk melihat sendiri kekuatan Malaysia.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Saifuddin Abu Bakar selaku Setiausaha Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), setelah beliau mengesahkan ada beberapa jemputan sudah telah diterima daripada beberapa pihak tertentu baru-baru ini.

Walaupun begitu, Saifuddin enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai undangan tersebut sambil menyatakan ada beberapa perkara perlu dibincang terlebih dahulu bersama Pan-gon.

“Sekarang ini, kita menyerahkan kepada Pan-gon untuk menentukan bagaimana mahu melakukan persediaan rapi membabitkan skuad Harimau Malaya sebelum menyertai Piala Asia tahun depan.

“Apa yang boleh saya katakan, sejak kita berjaya menempah tiket ke Piala Asia, terdapat pihak tertentu menjemput Harimau Malaya untuk menyertai perlawanan jemputan dianjurkan mereka.

“Mungkin perlawanan terbabit akan diadakan pada kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) pada September depan.

“FAM perlu mengambil kira segala aspek termasuk berbincang bersama Liga Bolasepak Malaysia (MFL) kerana tidak mahu mengganggu perjalanan liga kerana ketika itu kelab membuat persediaan mengharungi Piala Malaysia,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum itu akhbar tersebut turut menyatakan laporan mengenai tempoh masa setahun yang ada ketika ini digunakan sebaik mungkin oleh skuad kebangsaan untuk membuat persediaan lebih terperinci sebelum melangkah ke saingan Piala Asia 2023.

Datuk Hamidin Mohd Amin selaku Presiden FAM juga menyatakan pihaknya bakal membuat perbincangan bersama pengendali dari Korea Selatan tersebut mengenai bentuk perancangan bagi persediaan menghadapi saingan itu pada tahun hadapan.

Jelas beliau, persiapan tersebut semestinya merangkumi siri perlawanan persahabatan bersama negara lebih baik dari segi ranking serta tidak hanya memfokuskan Asia Tenggara sahaja.

Dalam masa sama, cadangan lain dilontarkan ialah supaya Harimau Malaya mencipta siri persahabatan bersama pasukan dari Eropah untuk menguji dan memberi pengalaman berguna buat para pemain negara.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN