Diterbangkan Terus Ke Mongolia, Pemilihan Annil Vigneswaran ‘Mysteriously Special’

Annil Vigneswaran Brad Maloney kelayakan Piala Asia B-23

Dalam senarai 23 pemain skuad B-22 yang akan beraksi di pusingan kelayakan Piala Asia B-23 pada minggu depan, nama Annil Vigneswaran yang menjadi tanda tanya kepada para penyokong tentang siapa dirinya.

Tanpa perlu melalui sesi latihan yang dijalankan dalam dua fasa iaitu pada 30 Ogos hingga 7 September dan 4 hingga 19 Oktober, namanya dilihat terus terpahat dalam senarai akhir skuad yang bakal berangkat esok.

Beliau dijangka akan terus bertolak dari Jerman ke Mongolia untuk menyertai pasukan dan sesi latihan di sana buat kali pertama. Ketika ini, Annil Vigneswaran beraksi bersama skuad B-19 SGV Freiberg, di Jerman.

Menurut sebuah laman Twitter, Youth Football Malaysia, pemilihan tersebut menimbulkan persoalan kerana dikhabarkan beliau belum beraksi dalam skuad B-19 SGV Freiberg musim ini dan menambahkan misteri lagi, beliau bukan salah seorang produk atau pernah terlibat dalam projek pembangunan bola sepak kebangsaan.

Bagaimana seorang pemain itu dipantau kemampuannya oleh barisan kejurulatihan tanpa sebarang aksi? Untuk empat pemain Harimau Malaya yang diserap masuk tanpa sesi latihan, mereka mungkin telah dipantau atas dua aksi persabahatan di Amman, Jordan tempohari. Cuma, bagaimana Annil Vigneswaran boleh terpilih?

Dikatakan beraksi di posisi bek tengah, hasil semakan lanjut di laman Facebook kelab tersebut, Fussballschule Kantenwein mendapati beliau boleh beraksi di posisi serangan dan telah pun meledak beberapa gol.

Malah, mereka turut melabelnya antara prospek penyerang buat mereka. Pemain yang berasal dari Kajang, Selangor itu telah berada di Jerman selama beberapa tahun dan merupakan produk daripada Little League – akademi di Lembah Klang. Jadi, ada benarnya, beliau tidak pernah berada dalam sistem bola sepak negara.

Hanya berpengalaman daripada sebuah akademi bola sepak di Lembah Klang dan kemudian bersama Kuala Lumpur Youth Soccer (KLYS) selama empat tahun, adakah Annil Vigneswaran mampu memberikan sesuatu?

Tambah Youth Football Malaysia dalam ciapan lain, “Selalunya kalau tak perlu hadiri latihan pusat dan ujibakat ni ‘The Special One’ macam Ronaldo, macam Messi pun kalau off form memang tak join national team. Yang ni mungkin lebih special. Mysteriously special. Nanti kita tengok sama-sama. Congrats Annil Vigneswaran.”

Begitupun, sebelum ini, Annil Vigneswaran telah menyatakan beliau optimis untuk membantu negara dalam saingan kelayakan Piala Asia B-23 nanti. Beliau akan guna pengalaman bersama kelab di divisyen kelima Jerman itu untuk membantu skuad negara yang dalam misi mengulangi pencapaian dua edisi sebelum ini.

Sudah tentu kita mahu mengulangi pencapaian empat tahun lalu apabila skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee layak ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2018. Malah, mereka berjaya mengejutkan banyak pihak apabila mara ke peringkat suku akhir selepas menamatkan peringkat kumpulan di kedudukan kedua, di belakang Iraq.

Malaysia muncul naib juara kumpulan C dengan meraih empat mata hasil kemenangan ke atas Arab Saudi dan terikat 1-1 berdepan Jordan. Ya, Malaysia satu kumpulan bersama tiga pasukan daripada Timur Tengah!

Tiada harapan diberikan kepada skuad muda negara saat itu, namun mereka mengejutkan banyak pihak, malah hampir mara ke separuh akhir, tetapi dikecewakan di saat akhir berdepan Korea Selatan di suku akhir. Malaysia tumpas tipis 1-2 dengan Korea Selatan meledak gol kemenangan lima minit menuju ke wisel penamat.

Skuad B-22 yang diletakkan dalam Kumpulan J pada pusingan kelayakan Piala Asia B-23 itu akan membuka tirai menentang Laos pada 25 Oktober, diikuti Mongolia pada 28 Oktober dan Thailand empat hari kemudian. Mereka dijangka akan berlepas ke Ulaanbaatar, Mongolia pada Rabu pada 20 Oktober 2021 – lima hari sebelum beraksi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN