Apakah Yang Perlu Kita Tahu Mengenai Kecederaan Dislokasi Sendi Bahu Mo Salah?

Perlawanan akhir UEFA Champions League (UCL) berakhir dengan kekecewaan buat Mohamed Salah dan Liverpool. Penyerang sayap itu terpaksa dikeluarkan selepas pertembungan dengan pemain pertahanan Sepanyol, Sergio Ramos.

Ianya kemudian diumumkan bahawa pemain berusia 25 tahun itu sah mengalami dislokasi sendi bahu (dislocated shoulder).

Apa yang merisaukan ialah kecederaan tersebut mampu menjadi batu penghalang untuk Salah beraksi bersama Mesir di Piala Dunia 2018 yang akan bermula beberapa minggu sahaja lagi.

Berapa seriuskah kecederaan yang dialami oleh Salah?

(Photo by David Ramos/Getty Images)

Apa itu kecederaan dislokasi sendi bahu (sholder dislocation)?

Bahu mempunyai sesendi yang paling aktif ataupun mobiliti dalam tubuh badan manusia. Sendi bahu ialah sendi bebola atau turut dipanggul sendi lesung.

Bahagian pangkal tulang Humerus yang berbentuk bebola, membentuk sendi dengan Glenoid Cavity, iaitu bahagian tepi tulang Skapula (tulang belikat).

Rongga Glenoid Cavity yang cetek membolehkan sendi bahu mempunyai julat dan mobiliti pergerakan yang besar.

Ciri ini juga menjadi satu kelemahan kestabilan di mana sendi ini berisiko untuk terkehel di sebabkan oleh kecederaan sukan yang lasak ataupun jatuh.

Apakah yang Salah perlu lakukan?

Penyerang antarabangsa Mesir itu telah menjalani pemeriksaan oleh pasukan perubatan Livepool di atas padang, dan disahkan tidak boleh menyambung aksi.

Kecederaan sebegini biasanya memaksa pemain yang tercedera (Mo Salah) dihantar terus ke hospital untuk tujuan x-ray, yang akan mengesahkan tahap dan arah kecederaan.

(Photo credit should read PAUL ELLIS/AFP/Getty Images)

X-ray wajib dilakukan untuk memastikan sekiranya terdapat kecederaan lain berlaku, seperti patah atau retak di bahagian tulang.

Jika itu berlaku, tempoh Salah di dalam penyisihan untuk tujuan rawatan pasti akan berpanjangan.

Berapa lama tempoh yang diperlukan Salah untuk sembuh?

Ini pasti soalan yang paling ramai tertanya-tanya.

Menurut portal National Health Service (NHS), United Kingdom, kecederaan sebegini akan mengambil masa di antara 12 sehingga 16 minggu untuk pulih setelah kedudukan sendi dikembalikan ke tempat asal.

Piala Dunia 2018 pula akan bermula di dalam tempoh lebih kurang dua minggu akan datang. Manakala perlawanan pertama membabitkan Mesir ialah menentang Uruguay di hari kedua kejohanan.

Sumber: FIFA

Di dalam kes Salah, Liverpool dan Mesir pasti akan memberikan rawatan perubatan berkelas dunia kepada pemain ini. Terdapat juga kemungkinan bahawa kecederaan dislokasi bahu yang dialami oleh Salah tidak teruk.

Bagaimanapun sukar untuk membayangkan Salah kembali menjalani latihan dalam tempoh dua minggu berikutnya.

Bekas pertahanan Liverpool, Jamie Carragher mengalami kecederaan yang sama pada musim 2010/11 dan memerlukan tempoh dua bulan untuk pulih sepenuhnya.

Adakah Salah akan ke Rusia?

Mesir pasti akan menagih khidmat Salah walaupun jika pemain tersebut mempunyai peluang sebanyak 10% untuk beraksi.

Liverpool players rush to help their injured team-mate Jamie Carragher (on floor). (Photo by Nigel French – EMPICS/PA Images via Getty Images)

Ia pasti akan bergantung kepada hasil x-ray yang akan dikeluarkan oleh pihak hospital.

Pada tahap ini, kemungkinan untuk penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) ini untuk beraksi di Rusia sangat tipis.

Penutup

Sudah tentu kita ingin menyaksikan kelibat pemain seperti Mohamed Salah di Piala Dunia yang akan datang.

Pada tahap ini, kita hanya mampu berdoa dan mengharapkan agar Salah mampu pulih secepat mungkin.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN