“Diskriminasi!”- Pemain Naturalisasi Indonesia Kecam Peraturan Baharu PSSI

Saingan Liga Indonesia bakal berwajah baharu pada musim hadapan dengan beberapa peraturan dijangka bakal digubah termasuk slot pemain import serta naturalisasi.

Umum diketahui, Indonesia antara negara di rantau Asia Tenggara yang menggunakan sistem pemain naturalisasi untuk skuad kebangsaan dan sudah dibuat sejak bertahun-tahun lalu.

Malah, pemain-pemain tersebut yang sebelum itu hadir dengan status import kini mula dilihat semakin ramai membarisi saingan liga di sana di pelbagai posisi.

Namun begitu, rombakan dijangka bakal berlaku pada saingan berkenaan selepas Persatuan Sepak Bola Indonesia (PSSI) akan mengehadkan slot tersebut kepada satu pemain sahaja di setiap kelab.

Salah seorang pemain naturalisasi Indonesia iaitu Marc Klok jelas tidak berpuas hati dengan usul tersebut dan telah pun meluahkannya menerusi Instagram.

Menurut Klok, peraturan tersebut dilihat berbentuk diskriminasi kepada beliau serta pemain lain yang seperti dirinya untuk saingan musim hadapan.

Klok yang sebelum ini merupakan warganegara Belanda menjadi antara tunjang utama kekuatan Indonesia bawah kendalian Shin Tae-yong di pentas antarabangsa sehingga membawa pasukan tersebut beraksi di Piala Asia 2023.

“Selaku warganegara Indonesia, kami merasakan peraturan baharu itu bersifat diskriminasi dan semua pemain wajar mendapat hak samarata termasuk sebagai pemain naturalisasi,” jelas beliau menerusi Instagram.

Tambah Klok, keputusan beliau untuk menjadi warga Indonesia kerana rasa sayangnya untuk bola sepak negara tersebut dan berharap agar PSSI mencipta peraturan bersifat lebih terbuka untuk pemain naturalisasi.

“Kami memilih Indonesia kerana kami mencintai negarai ini selain ingin memberi komitmen tinggi untuk menjadi sebahagian daripada komuniti bola sepak negara berkenaan.

“Disebabkan itu, kami berharap agar saingan liga di sini lebih mesra untuk semua pemain tanpa mengira asal usul serta latar belakang mereka,” tambah Klok lagi.

Sebelum itu, Ketua Umum PSSI iaitu Erick Thohir meluahkan hasrat untuk mengehadkan pemain naturalisasi dalam setiap kelab supaya peluang lebih terbuka untuk anak jati Indonesia beraksi.

“PSSI ingin mengusulkan agar kalau boleh pemain naturalisasi cuma seorang sahaja, jika tidak sampai bila anak jati Indonesia akan diberi peluang?

“Apapun ini cuma cadangan kami sahaja dan ianya masih lagi belum diputuskan secara rasmi kerana masih ada perbincangan lain perlu juga diperhalusi,” jelas Erick menerusi CNN Indonesia.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN