Disebalik Sumpahannya, Suphanat Mueanta Kata Tiada Alasan Untuk Tewas Kepada Malaysia

Suphanat Mueanta Thailand B-23 Malaysia B-23 Piala Asia

Penyerang harapan Thailand, Suphanat Mueanta berkata yang mereka wajib untuk kalahkan Malaysia dalam aksi kedua Kumpulan C, Piala Asia B-23 yang bakal berlangsung malam ini. Tiada alasan untuk mereka tewas.

Dalam perlawanan pertama berdepan Vietnam, mereka bangkit untuk mengikat pasukan yang menewaskan mereka di pentas final Sukan SEA 2021 dengan keputusan 2-2 dan ia hasil jaringan Mueanta di hujung aksi.

Ia merupakan jaringan Mueanta dalam aksi pembukaan Thailand di Piala Asia untuk dua edisi berturut-turut.

Begitupun, selepas meledak gol dalam perlawanan pertama, sentuhan penyerang berusia 19 tahun itu hilang.

Dalam edisi dua tahun lalu, beliau cemerlang meledak dua gol ketika mereka membenam Bahrain 5-0 dalam aksi pertama kumpulan. Hanya itulah jaringannya di Piala Asia dan selepas itu, tiada lagi sentuhan jaringan olehnya walaupun mereka mara sehingga ke suku akhir kejohanan yang berlangsung di tanah air sendiri.

Berdepan Malaysia di edisi 2022, beliau dalam misi untuk menamatkan sumpahan jaringannya di edisi lalu.

Semakin matang berbanding dua tahun lalu, Mueanta berhasil meledak empat gol dalam 23 penampilannya bersama Buriram United di Thai League 1 musim lalu. Ini peluangnya menebus semula kegagalan sebelum ini.

Bersama skuad B-23 pula, beliau telah mencetak sembilan gol dalam 10 penampilan – lima gol di Sukan SEA, tiga gol di Piala Asia dan satu gol di kelayakan Piala Asia. Tentunya beliau adalah penyerang harapan mereka.

https://twitter.com/ElevenSportsSEA/status/1532407045034414083

“Ketika ini, kami hanya ada satu pilihan. Jika ingin lepasi peringkat kumpulan, kami wajib kalahkan Malaysia.”

Suphanat Mueanta, Matichon Online

Mueanta berkata mereka beruntung mengikat Vietnam dan hal sama tidak boleh berulang dengan Malaysia.

Selain Mueanta, Thailand juga bergantung harap dengan seorang lagi bakat muda, Ekanit Panya di Piala Asia.

Menurut pengendali pasukan, Worrawoot Srimaka, pemerhati mungkin melihat kegagalannya meledak gol tetapi tidak nampak kerja kerasnya ketika di padang. Ekanit adalah pemain sayap yang berbakat di Thai League.

Beliau memegang rekod penjaring termuda Thai League di usia 15 tahun 11 bulan, yang kemudian dipintas oleh – siapa lagi kalau bukan, Mueanta di usia 15 tahun 9 bulan. Kedua-duanya kini bermain bersama di Piala Asia.

Selain dua pemain ini, mereka juga dilengkapi dengan sembilan pemain yang berpangkalan di luar negara termasuklah di kelab English Premier League (EPL), Leicester City iaitu Thanawat Suengchitthawon.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN