Disebabkan Isu Etika, Pemain Finland Ini Enggan Beraksi Untuk Negaranya Di Qatar

Finland berhadapan dengan Sweden pada awal pagi tadi dalam perlawanan persahabatan yang diadakan di Doha, Qatar.

Qatar adalah tuan rumah Piala Dunia 2022- yang dianggap kontroversi penganjurannya – dengan kritikan mengenai layanan terhadap pekerja asing dalam pembinaan stadium-stadium baharu di negara tersebut menjadi salah satu isu kerana melanggar hak asasi manusia.

(Photo by VI Images via Getty Images)
Pemain Finland boikot

Menjelang perlawanan tersebut pada awal pagi tadi, penyerang Finland, Riku Riski, enggan mengikuti rakan sepasukan beliau yang lain untuk ke negara bakal tuan rumah Piala Dunia itu. Keengganan Riski dilaporkan oleh The Guardian disebabkan oleh isu etika.

Riski berpendapat beliau harus mengambil langkah sedemikian sebagai tanda protes kepada masalah hak asasi membabitkan pekerja asing di negara tersebut.

“Saya mendapat panggilan [untuk pasukan negara], dan saya bercakap kepada pengurus dan ketua jurulatih [Markuu Kanerva]. Sudah tentu mereka mempunyai pendapat yang berbeza. Saya cuba menjelaskan pendirian saya, dan kekal dengan keputusan tersebut. Saya enggan pergi [ke Qatar],” ujar Riski.

Riku Riski (Photo by Getty Images)
Persiapan pusingan kelayakan Euro 2020

Riski adalah pemain kelab HJK Helsinki dan memiliki 26 caps bersama Finland. Beliau adalah salah seorang pemain yang dipanggil untuk menyertai kem latihan di negara teluk itu – beserta dua perlawanan persahabatan menentang Sweden dan Estonia.

Kanerva berkata beliau memahami keputusan dan pendirian Riski, namun berterus terang menyatakan kepada pemain itu bahawa tindakan sedemikian boleh menjejaskan peluang beliau beraksi bersama skuad Finland di pusingan kelayakan Euro 2020, menentang Itali dan Armenia.

(Photo credit should read ANTTI AIMO-KOIVISTO/AFP/Getty Images)

Kanerva has said he respects Riski’s decision, but suggested that failure to attend the winter training camp and friendlies could affect his chances of being part of Finland’s squad for their opening Euro 2020 qualifiers against Italy and Armenia.

Finland tetap menang perlawanan ke atas Sweden di Doha pada awal pagi tadi, hasil jaringan tunggan Eero Markkanen, tanpa Riku Riski.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN