Disabitkan Rasuah Lebih $4 Juta, Seorang Peguam Di Argentina Membunuh Diri

Seorang peguam dari Argentina, Jorge Alejandro Delhon berusia 52 tahun telah membunuh diri selepas nama beliau disenaraikan sebagai antara individu yang disyaki terlibat dalam rasuah bola sepak.

Jorge dilaporkan membunuh diri dengan melompat keluar daripada keretapi yang bergerak laju di Roca Roca beberapa jam selepas Alejandro Burzaco ditahan oleh FIFA dan mendedahkan dia ada terlibat dengan rasuah.

Alejandro Burzaco (gambar – tengah) adalah bekas CEO Pemasaran Sukan Argentina. Beliau telah memberikan hak penajaan kepada beberapa syarikat untuk kejohanan termasuk Libertadores dan South American Cup untuk 7 tahun.

Kebanyakan konsesi yang diberikan adalah kerana rasuah. FIFA memiliki bukti yang cukup kuat untuk mendakwa Alejandro dengan kesalahan menerima rasuah.

Alejandro mendedahkan dia membantu syarikat penyiar seperti Fox Sports, Mexican Televisa, Media Pro, Full Play, TV Globo dan Traffic untuk terus mengekalkan hak penyiaran mereka.

Menurut Burzaco, Jorge Alejandro Delhon dan seorang lagi pegawai, Pablo Paladino telah menerima wang suapan bernilai $4 juta setiap seorang.

Delhon mendapat bahagian bernilai $2.1 juta dan $500,000 setiap tahun daripada Burzaco dari 2011-2014. Jadi dalam tempoh tersebut, Delhon mendapat lebih $4 juta.

Ianya adalah untuk urusan berkaitan dengan hak penyiaran. Delhon merupakan salah seorang pegawai besar dalam program khas kerajaan iaitu Football For All yang memegang hak untuk membahagikan hak penyiaran bola sepak di Argentina.

Kes ini kini sedang dibicarakan di New York. Beberapa individu lain yang turut dibicarakan ialah:

1. Jose Maria Marin, bekas ketua Persatuan Bola Sepak Brazil
2. Juan Ángel Napout, bekas timbalan presiden FIFA
3. Manuel Braga, bekas ketua Persatuan Bola Sepak Peru

Perbicaraan kes rasuah kali ini antara yang terbesar dengan melibatkan dokumen bukti 350,000 helaian. FIFA telah membongkar banyak kes rasuah yang berkaitan dengan badan kerajaan sejak 2015.

Daripada tempoh tersebut, sudah lebih 40 individu didapati bersalah setakat ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN