Calon pemain warisan baharu Indonesia iaitu Justin Hubner dilaporkan telah pun menerima panggilan untuk sertai skuad kebangsaan Belanda bawah 20 (B-20) baru-baru ini dalam kem latihan pusat.
Perkara ini jelas mengejutkan kem Indonesia, kerana sehingga kini Justin telah pun berada dalam proses akhir untuk didaftarkan sebagai warganegara tersebut bagi membarisi skuad kebangsaan negara berkenaan.
Calon pemain naturalisasi Indonesia, Justin Hubner mendapat panggilan tim Nasional Belanda U20 utk persiapan laga ujicoba menghadapi Prancis! pic.twitter.com/HRoSvBMadJ
— GARAGARABOLA (@garagarabola_) March 5, 2023
Menurut Bola.com, Justin telah pun dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat Belanda B-20 untuk perlawanan persahabatan menentang Perancis B-20 yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Walaupun begitu, peluang untuk Justin membarisi skuad utama masih lagi belum terbuka sepenuhnya kerana ia merupakan panggilan awal dibuat oleh barisan kejurulatihan.
Menurut Menteri Pemuda dan Olahraga (Menpora) iaitu Zainudin Amali, beliau menyatakan untuk menyiasat terlebih dahulu mengenai isu panggilan ini.
Selain itu, Zainudin juga enggan mengeluarkan sebarang kenyataan lebih lanjut sehingga beliau mendapat maklumat selengkapnya mengenai isu tersebut.
“Saya belum dapat maklumat lengkap mengenai perkara itu. Lepas saya dapatkan segalanya baru saya boleh memberi komen, kerana Justin masih dalam proses untuk didaftarkan,” ulas beliau.
Throwing it back to something spectacular from Justin Hubner.
— Wolves Academy (@WolvesAcademy) February 2, 2023
Selain Justin, dua lagi pemain turut berada dalam senari untuk didaftarkan sebagai warganegara Indonesia iaitu Ivan Jenner dan Rafael Struick.
Pada masa sama, Zainudin juga berkata soal pendaftaran dua pemain tersebut bukan bersikap paksaan, tetapi atas kerelaan mereka sendiri serta diminta oleh Persatuan Sepak Bola Indonesia (PSSI) bersama kejurulatihan.
Ketiga pemain warisan tersebut jelas menjadi antara keperluan penting buat pengendali Indonesia, kerana mereka bakal mengharungi saingan terbesar pada tahun ini iaitu Piala Dunia B-20.
Untuk rekod, Justin kini merupakan pemain untuk kelab di England iaitu Wolverhampton Wanderers serta pernah menyarung jersi Belanda B-19 suatu ketika.
Menerusi pengalaman serta kelebihan fizikal dimiliki oleh Hubner, pastinya ia menjadi senjata terbaik buat Shin untuk menentukan barisan utama di posisi pertahanan kelab bersama rangkaian pemain lain.
Justin Hubner vs Baerum SK
Suka nih sama cara mainnya. Teknik oke, main keras juga oke🔥 pic.twitter.com/7jJnJrk6xW
— VFC Indonesia (@vocketfcID) November 13, 2022
Justin juga telah pun beraksi buat pertama kali buat Indonesia B-20 pada tahun lalu ketika jelajah pramusim yang dibuat mereka di beberapa negara benua Eropah.